SUKAN: Skuad remaja hoki berjaya memenangi lima perlawanan persahabatan di Perth

SUKAN: Skuad remaja hoki berjaya memenangi lima perlawanan persahabatan di Perth.

Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan menamatkan siri jelajah selama dua minggu di Perth, Australia dengan rekod memberangsangkan, apabila memenangi lima daripada keseluruhan enam perlawanan persahabatan.

Pada aksi terakhir di Stadium Hoki Universiti Curtin semalam, skuad remaja negara bimbingan Ketua Jurulatih Muhamad Amin Rahim, terlepas peluang membawa pulang rekod bersih selepas terikat 2-2 ketika berhadapan Western Australian Institute of Sport (WAIS) Bawah 21 Tahun (B-21).

Keputusan itu menyaksikan WAIS akhirnya berjaya mengikat anak buah Muhamad Amin pada percubaan keenam, selepas pasukan negara menang dalam lima perlawanan sebelum itu.

Skuad projek khas itu dijadual pulang ke Malaysia hari ini, bagi membuat persediaan menghadapi saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2023 yang akan membuka tirai pada 9 Feb ini.

Mereka juga bakal menyertai beberapa kejohanan antarabangsa tahun ini seperti Piala Asia Remaja yang tarikh dan venue masih belum dimuktamadkan, Sukan SEA Kemboja pada Mei, Piala Sultan Johor yang dijadual pada Oktober dan Piala Dunia Remaja, yang dijadual berlangsung di sini pada Disember.

BACA JUGA:

Akibat letupan kuat, 17 orang terbunuh dan 70 orang cedera

INDIA: Menteri kesihatan maut, ditembak polis

5 Tips yang Dapat Membantu Ibu Bapa Agar Anak Rajin Belajar

COMMENTS

Wordpress (0)