Sunway Theme Parks Mega Roadshow tawar pakej menarik serendah RM1? Biar Betul? Jom Bercuti ke Taman Tema ini!!

Sunway Theme Parks Mega Roadshow tawar pakej menarik serendah RM1? Biar Betul? Jom Bercuti ke Taman Tema ini!!

JIKA bercakap mengenai percutian dan taman tema air di negara ini, pastinya Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun terlintas di minda.

Selain menjanjikan pengalaman meriangkan dan mencabar, destinasi ini juga sesuai untuk setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Berita baik untuk peminat percutian taman tema, Sunway Theme Parks Mega Roadshow kembali lagi dengan tawaran promosi dan pakej-pakej menarik yang boleh digunakan sepanjang percutian 2023.

Menerusi roadshow ini, anda berpeluang mendapat lebih banyak diskaun dan tawaran eksklusif seperti tiket dan yuran keahlian hanya dari RM1 (kuantiti terhad).

Bagi yang berhajat untuk bercuti di Perak, ini merupakan satu berita gembira apabila anda boleh menikmati diskaun sehingga 70 peratus sekiranya menginap di Lost World of Tambun.

Bukan itu sahaja, untuk mereka yang suka mencabar diri dengan aktiviti sukan lasak, terdapat acara korporat atau pakej kem jati diri dengan diskaun sebanyak 50 peratus ditawarkan.

Dalam pada itu, Sunway Super App yang telah dinaik taraf akan digunakan untuk mempamerkan keseluruhan ekosistem, rakan kongsi dan komuniti kumpulan Sunway.

Mega Roadshow ini akan ‘dikuasakan’ oleh Sunway Super App yang dahulunya dikenali sebagai Sunway Pals.

Ia telah dipertingkatkan dengan ciri-ciri yang tertumpu kepada pengguna dan sistem mata ganjaran yang hebat dengan menghubungkan pengguna kepada ekosistem dan komuniti kumpulan Sunway yang luas.

Salah satu cirinya ialah pengguna kini boleh membeli tiket dan pakej Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun terus dari aplikasi sekali gus diberi ganjaran mata tunai.

Aplikasi Sunway Super App juga memberikan pengalaman yang lancar dan cekap untuk semua penguna.

Sepanjang Sunway Theme Parks Mega Roadshow ini dijalankan, Promosi ‘Super Deals’ boleh didapati secara eksklusif melalui siaran langsung Super App yang disiarkan oleh Sunway Theme Parks Studio.

Slot-slot masa siaran untuk Super Deals boleh dilihat melalui platform media sosial Super App atau Sunway Theme Parks.

Untuk makluman, roadshow ini bermula pada 9 Februari dan berakhir pada 9 Mac 2023 melibatkan empat lokasi iaitu Sunway Pyramid, Seon Tebrau Mall, Sunway Big Box dan Sunway Carnival Mall.

Jadi tunggu apa lagi? Jom rancang percutian anda sekarang!

BACA JUGA:

IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya

AS laksanakan sekatan ke atas firma Malaysia yang terbabit dalam penjualan petroleum Iran bernilai ratusan juta dollar

CR7 jaring 4 gol menewaskan Al Wehda, perolehi 503 gol untuk lima kelab berbeza