Suri rumah bunuh suami guna parang gara-gara dituduh curang

Suri rumah bunuh suami guna parang gara-gara dituduh curang

Di Kabupaten Rokan Hulu, Riau, Indonesia, seorang wanita nekad membunuh suaminya sendiri berikutan rasa ‘geram’. Kejadian tersebut berlaku Jumaat lalu (3/9/2021).

Isteri dituduh menipu

Lapor Tribun News, suspek mengaku tertekan sebelum bertindak di luar kawalan berikutan tindakan mangsa yang sering menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ujar Ketua Ketua Hal Ehwal Perhubungan Awam Polis Daerah, Rohul Aipda, Mardiono Pasda, suspek bertindak ‘mengelar’ leher suaminya menggunakan parang sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Ya, kes itu berlaku pada hari Jumaat (3/9/2021), sekitar jam 08.00 (waktu tempatan), di Desa Puo Raya.

Mengulas lebih lanjut, Mardiono menceritakan mangsa sering kali menuduh suspek berlaku curang dan mendakwa melihat perbualan suspek bersama lelaki lain di Facebook.

Perkara tersebut secara tidak langsung, membuatkan mangsa berasa cemburu.

Sering dera isteri sendiri

Apa yang lebih mengejutkan, suspek turut mendakwa mereka sering bergaduh dan mangsa akan bertindak di luar kawalan.

Berdasarkan pernyataan suspek, dia mengakui bahawa dia sering bertengkar, dipukul dan dipijak oleh suaminya.

Kini, suspek telah ditangkap berikutan laporan yang telah dibuat oleh keluarganya.

Berita Penuh : https://ohbulan.com/tak-tahan-dituduh-curang-suri-rumah-bunuh-suami-guna-parang

BACA JUGA :

PANAS !!! Isteri pelakon didakwa curang, kantoi bercium dalam tandas..
Lesap RM13,000 duit KWSP gara-gara seks, pekerja swasta berputih mata
Gempar !!! Asteroid gergasi bersaiz 3 kali ganda Patung Liberty melintas menghampiri Bumi bulan ini

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )