Surirumah Jana RM18K Dengan Main ‘Games’ Sahaja. Ini Rahsia Beliau. Patutlah Menjadi!!!

Gadis ini berjaya raih pendapatan RM18 ribu sebulan jadi gamers di media sosial, rupanya ini rahsia sebenar beliau

Seronok kan bila boleh main game je tapi dapat raih pendapatan beribu ringgit.

Kalau min, dapat beratus pun dah seronok, inikan pula dapat beribu ringgit! Tak dinafikan, ianya memang menjadi impian anak muda sekarang ini.

“Mereka kata buat apa main game ni, lebih baik masak dekat dapur. Saya jawab senang je ini kerja saya.”

“Saya main game menjana pendapatan untuk saya dan keluarga saya sokong saya.”

“Pertama kali gaji saya dapat dalam RM18 ribu. Tak pernah terfikir akan dapat gaji banyak macam ni.”

“Kalau dulu harapkan duit suami je. Kontrak kita ikut ‘viewers’, kalau kita stream setiap hari, Facebook nampak contact untuk jadi partner.”

“Sebenarnya saya bermula dari zero, kalau tiada skills pun takpe aalkan pandai menghibur.”

Menurutnya lagi, pada asalnya beliau hanya berimpian untuk menjana pendapatan dari aktiviti ini. Dari tiada ilmu dan pengalaman juga kemahiran dalam bidang ini, Lynda belajar sendiri dengan menghiburkan penontonnya. Betullah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, siapa sangka akhirnya impian itu betul-betul menjadi kenyataan.

“mula-mula pasang impian dulu, tak salah mencuba sebenarnya, anak muda yang nak jadi streamer kena usaha dan buktikan.”

Namun begitu, bukanlah sekali stream game terus boleh dapat pendapatan, beliau juga pernah gagal dan mencuba berkali kali sebelum berjaya raih pendapatan sebanyak itu,

“Sebelum berjaya sebenarnya ada kegagalan. Susah untuk pertama kali terus dapat kejayaan, mesti gagal dulu.”

ZALIM!!! Budak 3 Tahun Pecah Tengkorak Dibelasah Kekasih Ibu Kerana Muntah Di Sofa

Anwar Pertimbang Pengeluaran KWSP Secara Bulanan

Fattah Amin Cuba ‘Disondol’ Pelakon Wanita Lain? Fazura Respon “Nak Buat Macam Mana, Suami Helok”