Kyle Green, seorang pemuzik dan komposer dari Amerika Syarikat (AS), menjadi mangsa serangan siber setelah terkecam oleh calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.
Kejadian ini diduga berlaku apabila namanya secara tidak sengaja muncul dalam kertas ujian, yang menyebabkan kekecohan di kalangan pelajar kerana dialog yang terlalu rumit untuk difahami.
Walaupun Kyle tidak mempunyai kaitan dengan watak fiksyen dalam kertas ujian tersebut, namun pelajar tingkatan lima secara meluas menyerangnya di laman sosial.
Ruangan komen di Instagram Kyle dipenuhi dengan komen dan reaksi negatif daripada pelajar SPM sesi 2006.
Melalui hantaran di TikTok, Kyle menyatakan kejutannya kerana menerima banyak mesej dan komen daripada pelajar sekolah di Malaysia.
Walau bagaimanapun, dia tidak dapat mengingatkan sebab-sebab sesi temu ramah fiksyen berkaitan dirinya diadakan, namun dia tetap menghargai peminatnya.
“Kepada pelajar yang mengambil peperiksaan di Malaysia, saya harap anda belajar dengan baik selepas ini. Saya menghargai sokongan anda terhadap muzik saya dan berharap anda terhibur. Ini satu pengalaman yang aneh, semoga berjaya dan jumpa anda nanti,” katanya.
Kyle mengakui bahawa audio yang digunakan dalam ujian mendengar mungkin diilhamkan oleh kisah hidupnya, dan dia menganggap pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang lucu.
Baca Juga : Beli barang mahal boleh tapi majlis graduasi anak berkira, Fizz Fairuz belasah netizen