Suspek direman 7 hari, berkaitan kes mayat Wanita ditemui disemak

Suspek direman 7 hari, berkaitan kes mayat Wanita ditemui disemak.

Suspek yang ditahan dalam kes penemuan mayat seorang wanita di dalam semak di sini minggu lalu direman tujuh hari mulai Khamis.

Suspek seorang pesara berusia 59 tahun itu direman bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Marang, Zur Azureen Zainalkefli.

Suspek sebelum ini ditahan kira-kira jam 2.30 petang Rabu di Jeli, Kelantan.

Terdahulu media melaporkan penemuan mayat wanita tanpa identiti di dalam semak di Kampung Alor Gali, Marang, pada Khamis lepas.

Mangsa yang lengkap berpakaian itu dijumpai orang awam yang sedang mencari daun palas di kawasan kejadian.

Polis kemudiannya mengenal pasti identiti mayat berkenaan sebagai Zarina Mukhtar, 57, berdasarkan kepada padanan rekod cap jari yang tersimpan di Jabatan Pendaftaran Negara.

BACA JUGA :

Setiausaha Akhbar Rafizi, pembantu Young Sefura dipanggil untuk beri keterangan kepada polis

Lee Zii Jia mulakan kempen Kejohanan Masters Indonesia dengan kemenangan

YDPA berkenan menerima menghadap bekas PM Ismail Sabri

COMMENTS

Wordpress (0)