Suspek tambahan bakal dinamakan oleh pasukan penyiasatan MH17.
PASUKAN penyiasat antarabangsa bagi insiden pesawat MH17 yang ditembak jatuh, dijangka membentangkan hasil siasatan baharu mereka.
Ini termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan dalam kejadian tersebut.
November lalu, mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas agen risikan Rusia dan pemimpin pemisah Ukraine atas kesalahan membunuh.
Mereka didakwa menyebabkan kematian 298 penumpang dan anak kapal dengan menggunakan sistem peluru berpandu milik Rusia.
Ketiga-tiga suspek dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan kekal bebas sehingga kini.
Pasukan penyiasat sehingga kini meneruskan proses pengumpulan bukti berkaitan kemusnahan pesawat tersebut.
Ini akan membolehkan mereka menentukan sama ada wujud penglibatan pemimpin politik atau pegawai tentera tinggi untuk meluluskan penggunaan peluru berpandu tersebut.
Selepas itu, terserah kepada pasukan pendakwa raya untuk mengemukakan dakwaan tambahan.
Rusia sehingga kini menafikan ia bertanggungjawab dalam insiden itu.
Pesawat malang itu ditembak jatuh ketika melalui ruang udara Ukraine dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014.
Ia menyebabkan 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 196 warga Belanda maut.
BACA JUGA:
Dua beradik diserang buaya, abang parah manakala adik cedera
Pasukan SMART masuk ke kawasan bencana, bantu misi mencari dan menyelamat di Selatan Turkiye