Susulan mayat Wanita yang ditemui minggu lalu, akan dikenalpasti melalui ujian DNA

Susulan mayat Wanita yang ditemui minggu lalu, akan dikenalpasti melalui ujian DNA.

Identiti mayat yang ditemukan di kawasan semak dekat Kampung Alor Gali di sini pada minggu lalu akan disahkan melalui keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang akan diperoleh dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, susulan penemuan mangsa, dua individu telah hadir membuat pengecaman ke atas mayat kira-kira jam 6.30 petang di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada Ahad lalu.

“Mereka telah mengenal pasti mayat sebagai seorang ahli keluarga berdasarkan tanda-tanda pada badan mayat dan juga barang-barang peribadi yang dikemukakan serta beberapa bukti bergambar.

“Namun identiti sebenar si mati hanya dapat disahkan setelah Pegawai Penyiasat Kes mendapat keputusan sampel DNA dari Jabatan Kimia Malaysia yang akan diterima dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada malam Selasa.

Dalam pada itu, Mohd Zain berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang meminta supaya orang awam menjaga sensiviti ahli keluarga mangsa dan tidak membuat sebarang spekulasi liar berkaitan kes yang sedang disiasat.

“Siasatan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta terus menghubungi Bilik Gerakan IPD Marang di talian 09-6181451 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan,” ujar beliau.

Sebelum ini media melaporkan mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam kawasan semak di Kampung Alor Gali di sini, pada 19 Januari lalu.

Mayat tersebut ditemukan orang awam yang mencari daun palas di kawasan itu yang terletak kira-kira 30 meter dari jalan utama.

BACA JUGA :

Kelahiran rendah, Jepun bimbang tak dapat berfungsi sebagai sebuah masyarakat

Tercetus pertikaian dalam parlimen, Kerajaan Kuwait serah surat letak jawatan

PMX ziarah sahabat lama meskipun jadual padat

COMMENTS

Wordpress (0)