Gadis Terlanjur Nak Serah Anak Luar Nikah Kepada Yang Sudi, Dengan Syarat Bayar Kos Beranak Di Hospital Swasta
Sudah terlalu buntu, seorang wanita hamil nekad menyerahkan anak di dalam kandungan kepada ibu bapa angkat yang sudi menjaganya.
Difahamkan, wanita ini telah terlanjur dan kini sedang hamil 6 bulan hasil persetubuhan luar nikah. Menurut wanita ini, dia mengandung bayi lelaki yang dalam keadaan sihat.
Namun, wanita ini meletakkan syarat kepada ibu bapa angkat supaya menanggung kos pemeriksaan (check up) dan bersalin di hospital swasta.
Katanya lagi, dia baru tahu hamil ketika kandungan masuk 6 bulan. Dia memohon orang ramai tidak mengkritik dosa berzina kerana dia sebenarnya sudah bertaubat.