Kecekapan dan ketangkasan penjaga gol utama negara, Syihan Hazmi, yang berjaya menepis ancaman pasukan kebangsaan Korea Selatan baru-baru ini bukan sekadar mencetuskan kagum di kalangan rakyat Malaysia, malah ia juga menarik perhatian peminat bola sepak dari Korea Selatan.
Tidak hanya itu, prestasi Syihan yang berusia 27 tahun itu juga menarik perhatian para gadis Korea yang turut menyaksikan perlawanan tersebut, terutama dengan raut wajahnya yang tampan.
Dalam satu tangkapan layar yang dimuat naik oleh akaun No Context Bola Malaysia di aplikasi X, beberapa ciapan dari gadis-gadis Korea telah diperlihatkan. Mereka memuji kehebatan dan kekacakkan Syihan semasa bertanding menentang negara mereka beberapa hari yang lalu.
Terdapat kenyataan-kennyataan positif daripada gadis-gadis Korea Selatan yang menganggap Syihan memiliki raut wajah yang comel dan tampan, khususnya sebagai seorang penjaga gol.
Tidak hanya mendapat perhatian dari peminat bola sepak, tetapi juga dari wargamaya yang turut terhibur dengan pujian yang diberikan kepada Syihan.
Kejayaan serta daya tarikan personaliti Syihan tidak hanya membanggakan rakyat Malaysia tetapi juga mencipta impak positif di peringkat antarabangsa, khususnya di kalangan peminat bola sepak dari Korea Selatan.
Baca Juga : Tak boleh dedah wajah anak, Noh Salleh mohon maaf