Tak Berhias Dan Hanya Berpurdah, Inara Rusli Mengaku Mungkin Itu Punca Bekas Suami Cari Perempuan Lain

Kecoh sejak Mei lalu apabila isteri Virgoun, Inara Rusli memaklumkan terpaksa membuka purdah demi mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak.

Keputusan tersebut dibuat selepas dikatakan Virgoun telah curang bersama perempuan yang lain.

Terbaharu, Inara Rusli mendedahkan berasa bersalah terhadap kemusnahan rumah tangganya yang dibangunkan sejak sembilan tahun lalu atas kesalahan yang didakwa daripada beliau sendiri.

Menurut Inara, beliau kurang berhias sepanjang perkahwinan membuatkan Virgoun memilih untuk curang bersama wanita lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이나라 (@mommy_starla)

“Awal-awal saya memang salahkan diri sendiri. Mungkin perkara ini terjadi sebab saya hanya pakai baju tidur dan purdah.

“Mungkin itu membuatkan dia kurang berminat terhadap saya,” katanya seperti dilaporkan Detik Hot.

Walau bagaimanapun, Inara mengakui mempunyai sebab tersendiri di mana beliau memaklumkan kekangan masa antara yang menjadi punca.

“Menyusukan dua orang anak sudah cukup penat, inikan pula nak cari masa berhias.

“Oang lelaki memang suka melihat kecantikan jadi saya tak salahkan dia juga,” katanya.

Dilaporkan Virgoun telah memfailkan cerai terhadap Inara Rusli pada Mei lalu selepas wanita ini mendedahkan kecurangan yang berlaku secara terbuka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 이나라 (@mommy_starla)

Sebagai rekod, rumah tanggan dua individu ini bertahan selama sembilan tahun sejak dari tahun 2014 di mana pasangan ini telah dikurniakan dengan tiga cahaya mata.

Baca Selanjutnya :

PANAS! : Lepas Kena Kutuk Kaw-Kaw Dengan Netizen Malaysia Isu MH370, Jocelyn China Kini Kembali Dengan Kaitkan Isu The 1975

PILU : Tersedak Susu, Bayi 11 Bulan Mati Di Bawah Jagaan Pengasuh

PENTING! :Sakit Hati Bila Maybank MAE Buat Masalah? Rupanya Ada Sesuatu Sedang Berlaku!