Tak berjaya ke angkasa, roket jatuh ke bumbung rumah orang

Ketegangan melanda sebuah kampung di China apabila serpihan roket yang baru sahaja dilancarkan jatuh dan meletup berdekatan dengan rumah-rumah penduduk, seperti yang dilaporkan oleh portal berita MailOnline baru-baru ini.

Kejadian ini berlaku di wilayah Guangxi pada 26 Disember yang lalu, di mana serpihan besar roket terhempas di kawasan hutan hanya beberapa meter dari kediaman penduduk kampung.

Walau bagaimanapun, tidak ada keterangan mengenai sebarang kecederaan yang dialami oleh penduduk kampung dalam insiden tersebut.

Tak berjaya ke angkasa, roket jatuh ke bumbung rumah orang

Serpihan tersebut didakwa berasal daripada roket yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada hari yang sama, kemudian jatuh kembali ke Bumi beberapa jam selepas pelancaran.

Ia merupakan sebahagian daripada sistem navigasi radio berdasarkan satelit yang dikenali sebagai Beidou, yang dikendalikan oleh Pentadbiran Angkasa Negara China.

Pihak berkuasa segera memulakan siasatan selepas penerimaan laporan mengenai kejadian tersebut dan kemudiannya mengesahkan bahawa objek yang tidak dikenali itu adalah serpihan roket.

Baca Juga : Tak pasti la keputusan ditidurkan itu elok atau tidak sehingga ragut nyawa adik lepas 5 bulan bersalin