Tak dapat bersanding sama isteri terkilan lihat gambar pengantin

Ketika ini, satu perkara yang menjadi tumpuan di media sosial adalah gambar seorang pengantin lelaki yang berdiri sendirian di atas pelamin.

Melalui beberapa foto yang dikongsikan di TikTok, Fatihah Zahra menyampaikan permohonan maaf kepada suaminya kerana terpaksa membiarkan lelaki itu berdiri sendirian di hari bersejarah mereka.

Pengantin lelaki yang kelihatan segak dalam pakaian songket turut terlihat membuat panggilan video bersama isterinya yang pada masa itu berada di hospital.

Tak dapat bersanding sama isteri terkilan lihat gambar pengantin

Tidak hanya itu, pengantin lelaki ini kelihatan berdiri di atas pelamin dan menjalani makan beradab tanpa isteri kesayangannya di sisinya.

Menurut maklumat yang diterima, Fatihah telah dimasukkan ke wad beberapa hari sebelum majlis perkahwinan mereka berlangsung disebabkan radang paru-paru.

Fatihah turut berkongsi bahawa doktor tidak membenarkan pulangnya kerana keperluannya bergantung kepada mesin oksigen.

“Doktor tidak membenarkanku pulang. Maaf suamiku terpaksa berdiri seorang di atas pelamin,” kata Fatihah yang berada di hospital di Kuala Lumpur sementara suaminya berada di Kedah.

Melalui ruangan komen, ramai netizen mengakui bahawa mereka terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baru ini.

Walaupun begitu, pada masa yang sama, mereka turut mengirimkan doa dan harapan agar Fatihah diberi kesembuhan. Beberapa individu juga berkongsi pengalaman serupa yang pernah mereka lalui.

Baca Juga : Venezuela sedia berperang dengan Britain