Memang berhijab adalah satu tuntutan agama Islam namun terdapat rata-rata di kalangan penutup hijab yang tidak sedar akan dosa lain yang boleh terhukum.
Tidak guna kalau bertudung atau berhijab tetapi berperangai jahat serta berhati hitam.
Walaupun dalam proses membiasakan diri bertudung, bukanlah bermakna Lana Nordin, 44, perlahan-lahan mengatur langkah meninggalkan dunia lakonan.
Sebaliknya, Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hassan Nodin mahu cuba menghidupkan variasi watak dengan imej barunya itu, sekali gus memperlihatkan sisi lakonan berbeza.
“Saya masih berlakon, jangan ingat saya tidak lagi beraksi. Mungkin selepas ini, watak jahat bertudung saya boleh bawa bagi menggantikan Liza Abdullah,” katanya sambil tertawa.
Mengulas lanjut mengenai seni lakon, Lana mahu mencuba membawa watak yang dianggap di luar zon selesa.
“Saya mahu cuba watak jahat wanita bertudung. Selalunya watak jahat, tidak bertudung. Sangat klise. Jadi, saya mahu cabar diri bawa watak kampung atau watak antagonis. Setakat ini, saya belum dapat tawaran lagi. Mungkin orang belum tahu saya sudah bertudung dan masih berlakon.
“Tahun lalu, saya jayakan dua drama untuk slot Akasia dan Samarinda. Namun, salah satu drama terbabit ‘sangkut’ berikutan ada seorang pelakon lelaki bermasalah terbabit.
“Jadi, drama tersebut ‘hold’ sampai sekarang, saya tidak tahu perbincangan antara syarikat produksi dan stesen TV.
“Ada juga drama yang sepatutnya penggambaran dilakukan Ramadan lalu, namun tergendala sebab belum dapat ‘hero’. Mungkin selepas Aidilfitri projek itu disambung,” katanya.
Bagaimanapun, Lana tidak menafikan menapis tawaran lakonan berikutan komitmen sebagai isteri dan ibu. Selain itu, Lana menguruskan perniagaan bakeri.
“Saya teliti siapa pelakon terbabit, lokasi penggambaran dan sebagainya. Kita ada ada anak, jadi, sukar kita hendak luangkan masa yang lebih di set penggambaran.
“Saya tengok dengan siapa saya digandingkan. Minta maaf, bukan saya tidak mahu berlakon dengan bakat baru, namun, disiplin mereka ‘ke laut’ (tidak berdisiplin).
“Saya pula mulut macam ‘puaka’. Kalau lambat atau sebagainya, saya tegur. Kita mahu muhasabah diri, berubah ke arah lebih baik, jadi saya mahu menjaga, biarlah saya tengok siapa pelakon terbabit. Kalau okay, saya terima,” katanya yang mementingkan soal keselesaan di lokasi penggambaran.
Mengenai penampilan barunya itu, Lana bagaimanapun tidak mahu terlalu drastik mengatakan dirinya sudah berhijrah.
“Saya dalam fasa mencuba dan menyesuaikan diri. Iyalah umur pun sudah masuk 45 tahun. Inilah masanya nak mencuba. Sebenarnya saya mencuba bertudung ini sejak bulan puasa lagi,” katanya.
Lana berkata, dia turut mendapat nasihat daripada sahabatnya, pelakon, Lisdawati mengenai perubahan imej bersesuaian dengan usia mereka yang menghampiri 50 tahun.
Lana dan suaminya, David atau nama Islam, Mohd Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada 15 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata hasil perkongsian hidup.
Baca juga : Umur 48 tahun kantoi main zakar dengan kabel