Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak

Oleh Admin

Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak..

RUTIN harian yang sangat sibuk ada kalanya memaksa ibu bapa untuk ‘lepas tangan’ daripada memberikan perhatian kepada anak-anak.

Justeru pemberian gajet dilihat sebagai ‘penyelamat’ paling popular dalam kalangan ibu bapa masa kini agar si kecil tidak meragam.

Namun sedarkah anda bahawa penggunaan teknologi secara berterusan pada usia muda boleh mendatangkan kemudaratan termasuk menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak.

Menurut pengarah ThinkerPlace, Deepti Sharma, terdapat beberapa kesan buruk terhadap kesihatan mental anak kecil yang meluangkan dengan gajet secara berlebihan.

Menurut statistik di India, sekitar 83 peratus kanak-kanak berumur antara 10 hingga 14 tahun menggunakan telefon pintar iaitu tujuh peratus melebihi purata antarabangsa.

Dalam tinjauan Amerika Syarikat, kira-kira 60 peratus ibu bapa menyatakan bahawa anak-anak mula ‘berinteraksi’ dengan telefon pintar sejak berusia lima tahun.

Terdapat beberapa kesan buruk masa skrin berlebihan pada kesihatan mental kanak-kanak, antaranya:

1. Hilang focus

Bermain telefon pintar boleh memperlahankan atau menghilangkan tumpuan serta pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak.

2. Kurang daya kreativiti

Aktiviti mengasah kreativiti seperti bermain dengan doh, membina robot, blok bangunan dan mewarna diabaikan apabila skrin berada di hadapan mereka.

3. Ganggu kemahiran sosial.

Kadang-kadang kanak-kanak meluangkan masa skrin begitu banyak menyebabkan mereka tidak pernah belajar bagaimana untuk berkelakuan atau berinteraksi ketika di khalayak.

Kesemua aspek dinyatakan ini menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak secara drastik.

Diakui gajet merupakan teknologi yang membantu memudahkan aktiviti harian manusia tetapi penggunaannya secara berlebihan memburukkan generasi akan datang.

Menurut tinjauan, lebih 50 peratus kes penyakit mental bermula pada usia awal 14 tahun, dan teknologi menjadi antara penyumbangnya.

Ini adalah isu yang membimbangkan namun sering kita abaikan.

Pakar menjelaskan bahawa hanya dengan menatap skrin selama satu jam sehari sudah cukup untuk membuat kanak-kanak lebih cenderung menjadi cemas atau tertekan.

Ini menjejaskan deria ingin tahu dan menjadikan mereka kurang stabil daripada segi emosi.

Secara tidak langsung, masalah ini mempengaruhi kitaran tidur mereka.

Menurut kajian, penggunaan teknologi yang tinggi menyebabkan kemurungan, gejala psikopatologi, dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, ini boleh dikawal dengan menggalakkan kanak-kanak meningkatkan aktiviti fizikal dan mengurangkan masa skrin mereka.

BACA JUGA:

Pasukan penyelamat Malaysia tiba di Gaziantep, tidak dapat masuk ke ’ground zero’

Hassan Karim tuntut janji Anwar letak SPRM bawah parlimen

IPT disarankan mempunyai mekanisme pastikan hasil kerja pelajar tulen, tidak dihasilkan oleh teknologi sepenuhnya