Seorang pengguna media sosial, yang dikenali sebagai Mr Wancai Official, meluahkan perasaan sedih dan rasa bersalah terhadap dirinya sendiri selepas memberikan kebenaran kepada pihak hospital untuk menidurkan adiknya.
Dalam perkongsian di platform TikTok, individu tersebut menceritakan bahawa doktor menyarankan adiknya untuk ditidurkan kerana kesihatan adiknya merosot beberapa hari selepas dibebaskan dari hospital.
Arwah sebelum ini telah ditahan di wad akibat sakit strok yang menyerangnya selepas melahirkan anak pertama beberapa bulan lalu.
“Arwah diserang penyakit strok selepas 20 hari melahirkan anaknya secara Czer. Hampir lima bulan arwah ditahan di hospital.
Sepanjang sakit, anak arwah telah dijaga oleh kakak iparnya kerana arwah tidak mampu menjaganya disebabkan sakit yang dialaminya. Jumaat lalu, arwah dikeluarkan hospital selepas satu bulan lebih berada di wad.
Namun kesihatan tiba-tiba merosot selepas dua hari keluar hospital. Kemudian bawa ke hospital diletakkan di zon kuning sebelum dipindah ke zon merah.
Doktor menyarakan untuk ditidurkan dan perlu mendapat persetujuan waris.”
Walaupun penuh ralat, individu tersebut menerima pemergian adik bongsunya dengan redha.
Dia mengakui kegagalannya sebagai seorang abang yang terbaik dan memohon maaf kepada arwah.
“Pemergian adik bongsu amat meralatkan saya. Saya harus reda. Allah ambil bersebab, tidak mahu melihat arwah terus menderita.
Perginya adik aku di usia 33 tahun selepas lima bulan melahirkan cahaya mata pertama. Adik, maafkan abangmu.
Memberi kebenaran kau ditidurkan adalah satu keputusan yang salah. Aku gagal menjadi abang seperti yang kau mahu. Rasa bersalah akan menghantui diri ini sampai bila-bila.”
Baca Juga : Dah tua umur 83 tahun mencuri demi sara skandal