Tak puas hati sistem penggiliran Haji seabad lamanya jadi punca ramai cari visa furada. Sistem penggiliran yang digunakan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menunaikan ibadah haji mengikut kuota didapati telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati.
Tempoh penggiliran sehingga menjangkau lebih seabad lamanya itu menyebabkan ramai yang mencari alternatif lain iaitu terpaksa mencuba nasib menggunakan visa furada atau visa jemputan yang dikeluarkan atas budi bicara kerajaan Arab Saudi kepada individu atau kumpulan tertentu sahaja.
Perkara ini dilihat sebagai amat mengecewakan kerana timbul pula banyak pihak yang mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan menggunakan nama visa berkenaan.
Lebih mengecewakan, setiap tahun juga didapati ada pihak yang diberi ‘keistimewaan’ untuk mencukupkan kuota TH walaupun sudah pernah berulang kali menunaikan haji.
Kenapa bakal haji pertama kali yang masih belum pernah terpilih sebelum ini tidak diutamakan terlebih dahulu? Atau kenapa tidak diutamakan dahulu warga emas?
Persoalan ini dibangkitkan oleh Dr Nurilyani Bujang, seorang Pakar Anestesia Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu perkongsian di Facebooknya berikut:
1 Visa Haji Furada
Beberapa tahun lepas, waktu saya nak ambil kereta sewa di London airport, petugas kaunternya adalah seorang British Pakistan Muslim. Dia belek-belek passport saya dan di situ ada gambar dan juga visa lama waktu saya mengerjakan umrah.
Maka, pakcik tu tanya,
‘Pi Makkah buat umrah? Apasal tak pi haji?’
Lama la saya sangkut berborak dengan pakcik tu. Cerita la kat dia yang kat Malaysia ni nak dapat kuota haji punya la susah. Ramai aja yang pi umrah dulu, sementara nak dapat kuota.
Lepas tu pakcik tu kata, ‘Meh kerja kat UK sini, nanti senang nak dapat kuota haji’.
Saya pun gelak-gelak aja la…
Sabtu lepas, saya ke Melaka, borak-borak ada sorang makcik kat hotel. Dia rupanya salah sorang yang terkandas pasal visa Furada ni.
‘Makcik dah umur 60 tahun, tunggu-tunggu, rayu-rayu tak dapat-dapat. ‘
Makcik pakcik yang terkandas visa Furada ni kebanyakannya ialah mereka yang terdesak.
Teringin benar nak pergi haji, umur dah lanjut. Nak pergi cepat selagi ada hayat.
Orang terdesak memang mudah ditipu. Sama juga la dengan pesakit-pesakit saya kat hospital yang terdesak tu. Bayar mahal pun tak apa. Janji bulan bintang itu pasti. Tapi akhirnya kecewa.
Yang herannya, Tabung Haji ni yang pergi berkali-kali pun ada. Macam mana dapat kuota pun tak tau la.
Kalau kau rakyat marhaen, bukan orang politik, tak glamer, tak kenal sesiapa dan tak berduit pula, kau tunggu la mereput nak dapat giliran. Silap-silap mayat dalam kubur dah jadi tanah baru giliran tu timbul.
Herannya mereka yang pergi berkali-kali ni tak rasa bersalah agaknya ‘mengambil hak orang lain’.
Kadang-kadang terfikir, kenapa Tabung Haji ni tak ikut sunnah Nabi? Nabi pergi Haji sekali je. Umrah yang Nabi pergi sampai 4 kali.
Mengapa yang first timer dan warga emas tidak didahulukan..
Mungkin kalau ada penjelasan isu macam ni, masalah Visa Furada yang menjadi fitnah pada agama ni tak wujud pun..
Dr Nurilyani Bujang
Salam Aidiladha 2022
BACA LAGI :
Jawatan kosong di Tabung Haji, boleh mohon online