Tak ramai orang tahu, ini nama warna dalam Bahasa Melayu yang jarang digunakan

Tanpa kita sedar, ternyata terdapat 10 nama warna dalam bahasa Melayu yang jarang kita gunakan.

Seringkali, dalam pengajaran warna kepada anak-anak di tadika, warna-warna seperti “Red, Yellow, Blue, Green!” menjadi pilihan utama, dengan Bahasa Inggeris sebagai pilihan pertama bagi menyebut warna-warna tersebut, sehingga anak-anak lebih selesa menggunakan bahasa asing.

Tabiat ini turut berkekalan sehingga dewasa, di mana kita lebih cenderung merujuk kepada warna-warna menggunakan istilah Inggeris, menyebabkan ramai di kalangan kita tidak tahu nama warna dalam bahasa ibunda kita.

Tak ramai orang tahu, ini nama warna dalam Bahasa Melayu yang jarang digunakan

Di bawah adalah 10 nama warna yang jarang digunakan, namun masih wujud dalam Bahasa Melayu.

1. Kencana:

Istilah ini sering kita dengar, terutamanya dalam nama-nama tempat seperti Taman Kencana atau syarikat seperti Kencana Petroleum. Kencana sebenarnya merujuk kepada warna emas.

2. Galuh:

Merujuk kepada warna perak, yang juga boleh dilihat pada batu permata yang keputih-putihan dan bersinar.

3. Perang: Warna merah yang mempunyai unsur kehitam-hitaman, menjadikannya lebih dekat dengan warna coklat daripada warna jingga atau oren.

4. Lembayung:

Merupakan gabungan warna merah dan ungu, diambil daripada nama pokok herba yang mempunyai warna ungu.

5. Kirmizi:

Merujuk kepada warna merah tua, sering digunakan dalam bidang kesusasteraan.

6. Langking:

Sejenis warna hitam yang sangat pekat sehingga kelihatan seperti menyedut semua cahaya.

7. Layung:

Merujuk kepada warna kuning langit pada waktu petang secara terang dan jelas.

8. Wilis:

Merujuk kepada warna biru kehijau-hijauan, biasanya digunakan untuk merujuk kepada warna permata.

9. Biram:

Merujuk kepada warna merah, tetapi juga mempunyai makna yang berkaitan dengan haiwan gajah atau makhluk mitos ular berkepala dua.

10. Jernang:

Merujuk kepada warna merah yang mempunyai sifat kemerah-merahan, sebagaimana warna getah buah tumbuhan jernang yang digunakan sebagai cat atau pewarna.

Dengan memahami dan menggunakan istilah-istilah warna dalam Bahasa Melayu, kita dapat memelihara warisan bahasa dan budaya kita.

Baca Juga : Patutlah lama tak muncul rupanya ini yang berlaku pada Wany Hasrita yang ramai orang tak tahu