[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Tak sampai pun 24 jam beli Ferrari RM1.38 Juta, dah berkecai.. ferrari ferrari 458 ferrari 488 ferrari roma ford v ferrari ford vs ferrari ferrari car ferrari logo kereta ferrari enzo ferrari [/bg_collapse]
Tak sampai pun 24 jam beli Ferrari RM1.38 Juta, dah berkecai. Seorang pemilik Ferrari di Britain dilaporkan merempuh kereta sport berharga £250,000 (RM1.38 juta) tersebut pada hari sama dia membelinya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Lelaki itu sempat memandu sejauh beberapa kilometer sahaja sebelum terlibat dalam satu kemalangan.
Kereta mewah yang berlanggar itu dipercayai model Ferrari 488. Gambar yang dikongsikan oleh polis menunjukkan bonet kereta itu melengkung dan mengalami kesan calar.
Pemandu kereta tersebut terpaksa mengira kos kerugian walaupun pada awalnya gembira selepas membelinya di bandar Derby, daerah Derbyshire.
“Derby. 1 April. Pemandu membeli sebuah kereta Ferari pagi tadi dan merempuhnya selepas memandu kurang daripada 3.2 kilometer. Tiada kecederaan dialami,’’ kata Unit Polis Derbyshire di laman Twitter.
Kejadian itu turut mendapat perhatian netizen.
“OH TIDAK!! Terluka,’’ tulis seorang netizen.
“Betapa malunya anda. Itu akan memerlukan sedikit baik pulih,’’ komen netizen lain. – Agensi
Gambar menunjukkan kereta Ferrari 488 yang berlanggar sejurus selepas seorang pemilik membelinya di Derby.
TONTON:
BACA:
5 Kisah selebriti tak jadi kahwin, nombor 4 paling tak sangka!
Ustaz Kazim dedah sesuatu pasal Siti Nurhaliza, “dia mai hantar..”
Netizen ‘korek’ sesuatu yang pelik dalam drama Tundukkan Playboy itu, tak sangka..