Seorang TikTokers mengaku gelak berguling-guling apabila mendapat tahu ada orang politik di negara ini begitu terdesak sanggup beli ‘like’ dari Vietnam.
Pemilik akaun TikTok, @JimanKenzo dalam nada sinis menyarankan agar selepas ini ahli politik berkenaan cubalah bijak sedikit jika mahu guna ‘trick’.
Dia mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man banyak menerima tanda ‘like’ dari Vietnam sekaligus menggambarkan terdesaknya Timbalan Presiden Pas berkenaan.
Untuk rekod, Tuan Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Alam Sekitar dan Air semasa kerajaan ‘Tebuk Atap’, pada masa ini juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan.
“YB (DUN) Cheka ni dah terdesak sangat nak jadi MB Pahang sampaikan ‘like’ pun nak beli.
“Dia kalau ‘like’ tu dari orang Indonesia tak pelik, nampak masih Malaysia lagi. Ini ‘like’ dari Vietnam,” tempelaknya.
Sehubungan itu, dia mengingatkan bahawa jika tidak terkenal, buatlah cara tidak terkenal.
“Kalau 10 ‘like’ tu, biarkan je lah. Tidaklah malu sangat. Ini malunya sebab banyak ‘like’ dia dari Vietnam.
Bila masa pula orang Pas ni tak pakai tudung? Ke pengundi-pengundi Pas ni duduk di Vietnam?” ujarnya.
Dalam masa sama, dia juga menyindir agar pemimpin Pas yang lazimnya dipanggil ‘lebai Pas’ supaya berehatlah daripada buat jenaka.
@jimankenzo86 Guna la akal sikit walaun kalau ye pon nak femes jangan la beli like viatnam #JimanKenzo #lebaipas #kerajaanperpaduan #madani #walaun #tuanibrahimtuanman ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam
“Lain kali kalau nak guna ‘trick’ tu, pakai otak. Itulah. Orang nak terkenal, kau pun nak terkenal.
“Kau buat tu dapat manfaat tak? Rasa tak dapat sebab ‘like’ Vietnam.
“Kalau like tu 1,000 kenalah seimbang dengan komen dan perkongsian.
“Ini komen pun dua. Sendu. Lebai Pas… Kalau sehari tak buat kelakar, tak boleh ke?” perlinya lagi.
Baca juga: Memang simpan duit senyap-senyap nak buatkan mahligai untuk mak rupanya mak balik mahligai ‘lain’