Tak sangka ada pemain asal Malaysia main di kelab EPL Chelsea

Pemain yang dilaporkan memiliki pertalian dengan Malaysia, Kiernan Dewsbury-Hall sah menyertai Chelsea bagi mengharungi saingan Liga Perdana Ingeris musim 2024/25.

Chelsea mengumumkan kehadiran Kiernan menerusi laman media sosial rasmi kelab baru-baru ini dimana pemain itu menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2030 dan kelab berpangkalan di London itu membayar kira-kira £30m Juta bagi mendapatkan khidmatnya.

Musim lalu, Kiernan beraksi bersama Leicester City dimana beliau membantu kelab itu muncul juara saingan EFL Championship sekaligus kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Tak sangka ada pemain asal Malaysia main di kelab EPL Chelsea

Beliau merupakan perancang tengah versatil yang boleh memainkan peranan sebagai penain tengah bertahan (DMF), pemain tengah (CM) dan juga pemain tengah menyerang (CAM).

Kiernan Dewsbury-Hall sudah meledak 12 gol dan 14 bantuan gol dalam 43 penampilan di EFL Championship musim 2023/24 menurut data yang diambil dari Transfermarkt.

Menurut perkongsian Future Talents, pemain berusia 25 tahun itu mempunyai pertalian dengan Malaysia melalui neneknya yang dikatakan berasal dari Ayer Itam, Penang.

Akan tetapi, sukar untuk melihat beliau beraksi bersama Malaysia kerana mempunyai peluang cerah bagi beraksi bersama skuad kebangsaan England.

Meskipun England ketika ini dibarisi oleh ramai pemain tengah yang memiliki kualiti lebih tinggi seperti Declan Rice, Kobe Mainoo, Jude Bellingham dan Conor Gallagher, tidak mustahil Kiernan dipanggil bagi memperkuatkan skuad The Three Lions pada masa akan datang.

Selain beraksi dengan pasukan kebangsaan yang bagaikan langit dan bumi jika dibandingkan dengan Malaysia, Kiernan juga berpeluang untuk beraksi di kejohanan besar seperti Piala Dunia dan UEFA Euro.

Baca : Pengetua songlap duit sekolah, habis RM75K dalam tabung pelajar