Berdasarkan data yang berjaya kami perolehi dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Mari kita senaraikan tiga filem tempatan yang mencatatkan kejayaan dan kegagalan mereka di pasaran.
Dengan kutipan tertinggi dan tercorot.
1. Polis Evo 3 (RM50 juta)
Filem ketiga dalam siri Polis Evo ini mampu mengekalkan daya tariknya dengan mencatatkan kutipan tertinggi pada tahun 2023, iaitu RM50 juta, hanya dalam masa hampir dua bulan tayangan di pawagam Malaysia.
Terarah oleh Sya Q Yusof, Polis Evo 3 masih menampilkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai teraju utama.
Peningkatan menarik terlihat dengan penampilan Sharnaaz Ahmad sebagai penjahat, serta penyertaan pelakon lain seperti Syafiq Kyle, Farali Khan, dan Nora Danish.
2. Didi & Friends The Movie – Lagenda Muzika (RM8 juta)
Filem animasi Didi & Friends pertama kali diangkat kepada naskhah filem, dengan judul “Lagenda Muzika” yang berjaya mengumpulkan RM8 juta.
Walaupun masih memegang watak utama Didi, Nana, dan Jojo, filem ini menghadapi cabaran dalam proses penggambaran.
Kualiti animasinya ditingkatkan dengan penampilan warna, tekstur, dan rigging yang lebih baik.
Artis terkenal tempatan seperti Dato’ Awie, Amelia Henderson, Ruminah Sidek, Hael Husaini, dan Waris juga menyumbangkan suara untuk filem ini.
3. Imaginur (RM6 juta)
Selepas 10 tahun vakum dari pengarahannya, Nik Amir Mustapha mencipta kejutan dengan filem “Imaginur” yang berjaya mengumpulkan RM6 juta selepas ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara.
Filem ini mendapat pujian terutama melalui gandingan mantap Beto Kusyairy dan Diana Danielle.
Lokasi penggambaran di Bukit Chabang, Perlis, turut menarik perhatian ramai, dan runut bunyi filem ini, “Hasrat” nyanyian Amir Jahari, dijangka ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-38.
4. Sazali Meor Coco (RM5,330)
Filem sulung arahan Zizan Nin, “Sazali Meor Coco,” hanya berjaya mengumpulkan RM5,330 sepanjang tayangannya.
Filem ini mengisahkan tiga beradik yang berhijrah ke bandar untuk menjadi bintang terkenal.
5. Kaaval The Movie (RM5,645)
Diadaptasi dari siri drama TV2 di RTM, “Kaaval The Movie” berjaya mengumpulkan RM5,645.
Filem ini mengisahkan inspektor polis yang berusaha menangani peningkatan jenayah di bandar terutamanya dalam isu pemerdagangan orang.
6. Vik2ria Secret (RM5,058)
Filem tercorot tahun ini, “Vik2ria Secret,” menjadi kontroversi di media sosial kerana poster lemahnya.
Arahan AR Badul dengan belanja RM1.05 juta, bantuan Dana Kandungan Digital RM550,000.
Filem ini mengisahkan perjalanan Viki ke Kampung Honi dan usaha mereka membuka butik pakaian dalam wanita.
Namun, hanya berjaya menarik 346 penonton sahaja sepanjang tayangan.
Baca Juga : Sepatutnya kumpulan usahawan ini berkumpul di Kelantan akhirnya berpindah ke Langkawi, ini rupanya terjadi