‘Tak selesai malah lagi kusut masalah bila aku kena penjara’

“Jika boleh menunggu bertahun-tahun, mengapa tidak memberi saya beberapa minggu sahaja untuk menyelesaikan bayaran gaji yang tertunggak,” tanya Datuk Seri Dr Feardaus Khairuddin, bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United.

Beliau berharap barisan pemain memberikan tempoh masa yang munasabah untuk menyelesaikan pembayaran ini.

Feardaus menambah RM500,000 kepada tuntutan keseluruhan RM1 juta sebagai saguhati kepada bekas pemain yang telah menunggu lama untuk mendapatkan bayaran gaji mereka.

'Tak selesai malah lagi kusut masalah bila aku kena penjara'

Beliau menekankan bahawa kesungguhannya untuk menyelesaikan perkara ini telah direkodkan di mahkamah.

“Walaupun terdapat beberapa masalah dengan pengeluaran wang, saya telah berusaha untuk membuat pembayaran awal pada tahun lalu. Saya bersedia untuk membayar baki yang tertunggak, termasuk imbuhan sebanyak RM1.5 juta,” katanya.

Feardaus menjelaskan bahawa walaupun telah mendesak pihak bank untuk mempercepatkan proses pengeluaran wang, mereka masih terikat dengan prosedur yang ditetapkan. Oleh itu, beliau meminta tempoh tambahan untuk menyelesaikan perkara ini.

Bagi Feardaus, tidak ada masalah untuk membuat pembayaran seperti yang diperintahkan mahkamah, tetapi dia bimbang jika dipenjarakan, ia akan menyebabkan masalah ini menjadi lebih rumit. Ini adalah kes pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia di mana seorang pemilik kelab dihukum penjara kerana gagal membayar gaji pemain mereka.

Baca Juga : Harga paling murah di Asia, itulah keunikan Zoo Johor