Tak tahu kat mana salahnya, belum kerja dah kena buang kerja

Seorang wanita dari Arkansas dipecat pada hari pertama mahu melaporkan diri kerana terlewat tiba hampir satu jam ke tempat kerjanya.

Kisah ini dikongsi oleh Damita JoMama di platform TikTok pada 15 Januari lalu, di mana dia menceritakan pengalaman tidak menyenangkan itu yang membuatnya dipecat dan dipanggil penipu oleh kakitangan syarikat ambulans tempatnya bekerja.

Menurut JoMama, dia terlewat tiba di pejabat kerana terperangkap di jalan raya yang bersalji tebal walaupun menggunakan kenderaan utiliti sukan (SUV).

Tak tahu kat mana salahnya, belum kerja dah kena buang kerja

Setibanya di syarikat tempat kerjanya, dia disambut oleh seorang kakitangan yang bertanya mengapa dia tidak dapat tiba lebih awal.

JoMama kemudian dipanggil untuk menghadiri satu mesyuarat di mana pihak syarikat memberitahunya bahawa mereka tidak dapat meneruskan pengambilannya untuk bekerja.

JoMama menyatakan rasa terkejutnya dengan tindakan syarikat yang tidak dapat menerima alasan kelewatan tiba yang diberikannya.

Baginya, meskipun dia memberikan sebab kelewatan tersebut, syarikat tidak bersedia untuk berunding atau bertolak ansur.

Baca Juga : ‘Simpan sikit perangai jantan, awak tu kat negara orang, jangan belasah orang pula’