Takayuki Nishigaya akui berdepan lawan yang sukar, ribuan penyokong Harimau Malaya memberi suntikan

Takayuki Nishigaya akui berdepan lawan yang sukar, ribuan penyokong Harimau Malaya memberi suntikan. Kekalahan memang memeritkan namun pengendali Singapura, Takayuki Nishigaya tetap berbangga dengan apa yang ditunjukkan barisan pemainnya pada kempen Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) kali ini.

Pengendali dari Jepun itu mengakui skuad ‘Singa’ berdepan perlawanan yang sukar apatah lagi perlu beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Harimau Malaya yang hadir memberikan suntikan motivasi buat pasukan tuan rumah.

“Sudah tentu kami kecewa tetapi anak buah saya menunjukkan potensi meskipun beraksi dalam situasi yang sukar. Jadi saya bangga dengan pemain.

“Sudah tentu ada banyak penambahbaikan yang harus dilakukan tetapi ada peluang untuk mereka terus berkembang dengan potensi yang mereka ada,” katanya.

Terdahulu, impian Singapura untuk melangkah ke separuh akhir Piala AFF 2022 lebur selepas dibelasah Malaysia 4-1 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Meskipun sekadar memerlukan seri untuk mara namun anak buah Nishigaya tidak berupaya menyekat skuad Harimau Malaya yang berjaya mendahului 3-0 hanya lima minit selepas babak kedua bersambung.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia muncul naib juara Kumpulan B sekali gus bakal berentap dengan juara Kumpulan A yang juga juara enam kali Piala AFF, Thailand di separuh akhir.

BACA JUGA:

KPM serahkan pihak sekolah tentukan sama ada pelajar perlu memakai tali leher atau sebaliknya

Nasib mangsa banjir di Terengganu selepas PPS ditutup, semoga Shahida sekeluarga dapat dibela sebaiknya

Sudahlah miskin pengotor pula, tabiat buruk segelintir asnaf umpama ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga’