Trisha Ooi, seorang pelakon berusia 24 tahun, mendedahkan bahawa terdapat individu yang memberitahunya bahawa untuk mencapai kejayaan sejati seperti Tan Sri Michelle Yeoh, dia perlu memiliki keberanian.
Ini termasuk dalam konteks pakaian yang mungkin diperlukan untuk watak-watak tertentu yang dilakonkannya, terutama yang berkaitan dengan unsur seksual.
Bagaimanapun, Trisha menegaskan bahawa walaupun tawaran yang datang mungkin menawarkan bayaran yang tinggi, dia tetap tidak akan melanggar prinsip dan batasannya dalam berpakaian.
Setelah berperanan dalam filem “Pagari Bulan”, Trisha menerima tawaran yang mengkehendaki penampilan yang lebih seksi.
Namun, dia memahami dengan jelas batasannya dalam berpakaian dan mana-mana adegan yang dia anggap berlebihan.
“Beberapa tawaran masih dalam perbincangan, dan sebelum saya menerimanya, saya perlu memahami dengan jelas watak yang ditawarkan termasuk peranan penampilan seksi.
Saya perlukan masa untuk merenunginya, dan jika perlu, saya akan mencadangkan perubahan. Jika tidak, mungkin itu bukan rezeki saya,” katanya kepada Harian Metro.
Apabila ditanya tentang batasannya, Trisha memberikan contoh perkara yang dia anggap melebihi batasannya, seperti berpakaian berbikini atau menampakkan pakaian dalam.
Walau bagaimanapun, dia bersedia untuk mempertimbangkan pakaian seperti seluar pendek atau baju tanpa lengan jika berkaitan dengan watak aksi, namun keputusan akhir bergantung kepada perbincangan dengan pengurusan dan keluarganya.
Kini, Trisha membintangi drama bersiri “Menanti Senja” yang disiarkan di slot Samarinda TV3.
Baca Juga : Makin Dikecam Makin Laris : Peniaga Omelette Akui Produknya Terjual 200 Unit Sehari