“Taktik nak claim insurans?” – Kecoh butik Elrah HQ terbakar

Pengasas jenama butik pakaian baju Melayu, Elrah Exclusive iaitu El Azman berkongsi detik cemas apabila butik miliknya yang terletak di Bangi terbakar pada petang Jumaat.

Dua pekerja sesak nafas

Menerusi TikTok, El atau nama sebenarnya Mohd Hilmi Che Azman memuat naik video memaparkan beberapa petugas bomba yang sedang bertungkus lumus memadamkan api kebakaran.

"Taktik nak claim insurans?" - Kecoh butik Elrah HQ terbakar

Namun begitu, El menjelaskan dirinya tetap reda dan tabah dengan ujian yang melanda perniagaannya itu.

Allah datangkan ujian untuk kita kuat, Allah tangguhkan sesuatu supaya kita sabar.

Allah hilangkan sesuatu supaya kita reda, percayalah ada hikmah disebaliknya.

Alhamdulillah, dugaan itu rezeki.

Hantaran yang dikongsikan El itu turut meraih perhatian dan menuai pelbagai reaksi daripada wargamaya media sosial.

@elazmanALLAH DATANGKAN UJIAN UNTUK KITA KUAT, ALLAH TANGGUHKAN SESUATU SUPAYA KITA SABAR.ALLAH HILANGKAN SESUATU SUPAYA KITA REDHA.PERCAYALAH ADA HIK MAN DISEBALIKNYA. Alhamdulillah dugaan itu rezeki butik ELRAH EXCLUSIVE Bangi

♬ original sound – El Azman

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, tampil melaporkan kebakaran yang berlaku itu turut mengakibatkan dua orang pekerja kepada El mengalami sesak nafas.

Baca juga: Malaysia jadi negara paling makmur selepas Singapura