Tarmimi Siregar dicop sombong sebab tak nak sarapan dengan geng masjid, “ngumpat orang, bukan sembang pun!”

PELAKON veteran Datuk Ahmad Tarmimi Siregar pernah dilabel sombong oleh sekumpulan jemaah masjid di kawasan perumahannya hanya gara-gara enggan melepak di kedai kopi bersama mereka selepas selesai solat.

Tarmimi atau Ahmad Tarmimi Siregar Mohd Kamal memberitahu dia lebih selesa terus pulang ke rumah kerana merasakan perbuatan melepak di kedai kopi sambil mengumpat tidak berfaedah dan mendatangkan dosa.

“Bukan saya tak pergi masjid tapi kadang-kadang pergi ada yang mengumpat… Jadi selepas solat saya terus pulang ke rumah dan enggan melepak di kedai kopi apabila ada yang mengajak.

Tarmimi Siregar dicop sombong sebab tak nak sarapan dengan geng masjid, "ngumpat orang, bukan sembang pun!"

Tarmimi tidak suka mengumpat perihal orang lain.

“Saya sampai pernah bergaduh dengan kumpulan mereka sebab kata saya sombong.

“Masalahnya bukan sembang apa pun, cuma mengumpat orang lalu lalang. Baik saya balik rumah.

“Itu pengalaman saya, jadi saya keluar daripada kumpulan itu,” katanya kepada mStar.

Tarmimi berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan dan Syawal RTM baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Tarmimi memberitahu dia mengamalkan tip daripada bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kekal sihat.

Kata Tarmimi, 74, dia sentiasa berpegang kepada kata-kata Dr Mahathir untuk kekal sihat seseorang itu perlu kekal aktif agar otak sentiasa bekerja.

Tarmimi terus pulang ke rumah selepas selesai tunaikan solat di masjid.

“Untuk habiskan masa pada usia sekarang, otak kena sentiasa bekerja.

“Bila otak kita berjalan baru rasa sihat. Itu tip daripada Tun Dr Mahathir,” jelasnya.

Selain itu, Tarmimi berkata, dia juga banyak mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis sekiranya tidak mempunyai sebarang komitmen di lokasi penggambaran.

Baca juga: Menangis tengok pakcik tua bawa RM2 merantau ke KL nak cari kerja