Tauke restoran bengang dan koyak bila pelanggan review buruk tentang makanan

Gara-gara tidak puas hati dengan harga hidangan di restoran tertentu, seorang individu memilih untuk memuat naik ulasan negatif di Google untuk berkongsi pengalaman kurang menyenangkan.

Di samping menyatakan ketidakpuasan terhadap harga yang dianggapnya tidak setimpal dengan rasa hidangan, individu tersebut juga mengkritik sikap pelayan restoran yang disifatkan sebagai agak biadab.

“Satu pinggan RM20.50 sekali air sirap. Aku expect sedap nak mam*** la. Tapi biasa je weyh. First time la makan nangka keras liat nak mampus. Bazir tiga ketul. Aku dah la lapar. Boleh dah kot tukar nama kedai jadi **** melingkup.

Tauke restoran bengang dan koyak bila pelanggan review buruk tentang makanan

Service harey. Pelayan hauk. Tak payah kerja, tak payah layan customer kalau layan customer macam minta kena terajang. Boleh dah kot bungkus kedai kau ni. Dah la mahal mengalahkan Israel,” tulisnya dalam reviu tersebut.

Gambar yang dikongsikan menunjukkan individu itu memesan sepinggan nasi beserta masak lemak cili api nangka, sambal udang, dan separuh telur masin.

Bagaimanapun, individu tersebut memberikan satu bintang sebagai penilaian bagi makanan tersebut.

Isu semakin mendapat perhatian ketika restoran memberikan balasan kepada reviu tersebut melalui hantaran di media sosial mereka.

Yang mencuri perhatian adalah ayat-ayat yang digunakan oleh ‘admin’ restoran, yang dikatakan kurang beradab dan tidak sopan.

“Kepada sesiapa yang tidak beradab, tidak boleh bersabar, diharamkan datang ke kedai kami. Kami manusia, bukan mesin.

Kami juga ada perasaan. Jadi jaga adab. Yang suka menjerit-jerit dan biadab pergi main jauh-jauh. You are not welcome! Ayat atas ni untuk manusia yang biadab tak reti bersabar dan tak reti faham situasi kedai sedang viral di hujung minggu.”

Menurut admin restoran itu, pelanggan sepatutnya mengemukakan aduan di kaunter serta-merta dan tidak membuat reviu dengan niat jahat untuk mengundang persepsi negatif orang ramai.

Hantaran admin restoran tersebut telah mendapat perhatian di media sosial, dan kebanyakan netizen berpendapat bahawa restoran seharusnya lebih tahan terhadap teguran pelanggan demi memperbaiki kualiti perkhidmatan mereka.

Baca Juga : Rasa sedap boleh buka kedai, 3 resepi waffle gebu dan ranggup macam kiosk ‘food court’