TEGAS!!! Amanah tidak akan sertai kerajaan yang bersama kleptokrat Umno

TEGAS!!! Amanah tidak akan sertai kerajaan yang bersama kleptokrat Umno

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Salahuddin Ayub menegaskan partinya menjunjung tinggi nilai integriti sekiranya berlaku pertukaran kerajaan.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata, AMANAH dengan semangat reformasi sama sekali tidak mengambil pihak yang tidak berintegriti.

“AMANAH ingin menekankan sekiranya berlaku pertukaran kerajaan, yang penting AMANAH menjunjung tinggi integriti.

“AMANAH bersama dengan mereka yang mahu melakukan reformasi. Semangat reformasi yang ditiupkan bersama dengan kita.

“AMANAH tidak setuju sekiranya dalam perjalanan ini kita mengambil perompak dan penyamun bersama dengan kita. Itu tidak boleh,” tegasnya semasa ucapan perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu juga menyebut tentang penerimaan Rasullullah terhadap masyarakat bukan Islam.

“Nabi Muhammad S.A.W. menerima pertolongan bukan Islam tetapi Nabi tidak menerima golongan perompak dan penyamun walaupun mereka beragama Islam. Itu tidak boleh. Itu assobiyyah namanya.

“Mengumpulkan suatu bangsa, ketuanan itu, ketuanan ini untuk menegakkan kezaliman. Ini tidak boleh,” tegas bekas Naib Presiden Pas tersebut.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/walau-bertukar-kerajaan-amanah-junjung-integriti-tidak-ambil-perompak/

COMMENTS