Anak kecil fitrahnya tidak mengetahui apa-apa tentang segala yang ada di dunia ini.
Atas sebab itu mereka mengeksplorasi dunia dengan pelbagai cara; merangkak, menghisap benda, bermain alat permainan, mengenal warna dan sebagainya.
Namun, agak terlalu muda untuk mereka belajar tentang cara membuang air hingga perlu dipakaikan lampin setiap masa.
Tahukah anda, sebenarnya ada teknik untuk mengajar anak kecil berdikari membuang air di tandas yang kita perlu tahu.
Tips ini dikongsikan oleh Noranisa Misrani melalui Facebooknya baru-baru ini.
Jom kita baca perkongsian di bawah ini.
Rasa gelisah kan bila anak kita tak settle lagi toilet training. Anak orang lain tu cepat je.
Anak kita lambat off diapers bukan bermakna kita ibu ayah yang gagal ajar anak ke tandas.
Tidak..
Saya percaya setiap ibu bapa telah sedaya upaya dan tenaga untuk mengajar anak berdikari ke tandas.
Tahniah!
Namun..
Setiap anak adalah istimewa dengan identitinya tersendiri.
Begitu juga dengan deria interoception setiap anak juga berbeza.
Interoceptor berfungsi mengesan deria rasa apa-apa aktiviti yang berlaku dari dalam tubuh badan.
Sakit perut, rasa lapar, lenguh kaki, pening kepala atau pundi kencing penuh pun akan dikesan oleh introceptor.
Dan ia perlu diterjemahkan ke luar tubuh oleh anak apakah rasa yang sedang dialami.
Jadi, sesetengah anak akan lambat sedikit memahami rasa sensasi yang sedang berlaku di dalam tubuh badan mereka.
Sebab dia selalu menggunakan deria dari luar tubuh seperti bau, sentuhan, atau penglihatan untuk tahu apa yang berlaku di sekitarnya.
Contohnya, dia rasa seluar dia basah baru dia sedar dia dah terkencing.
Dia nampak air kencing dia mengalir baru perasan eh, air kencing. (*Ini kes Muhsin. Dia memang visual learner)
Tak pun dia bau najis busuk sangat. Tak selesa baru la dia beritahu yang dia dah buang air besar.
Maka..
Pentingnya bawa anak ke tandas secara berkala seperti yang ummi ceritakan dalam post yang lepas.
Baca kat sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2962342537135450&id=100000791993494
Di bawah ini adalah tangkap layar (screenshot) kandungan di pautan tersebut:
Apa kesannya seandainya anak berjaya melepaskan hajat waktu kita bawa dia ke tandas?
Anak akan mendapat pengalaman belajar rasa interoceptor dia bekerja semasa proses dia buang air.
Ohh.. macam ni rasa buang air kecil. Ohh.. macam ni rasa sakit perut.
Macam mana pula kalau anak saya pandai beritahu nak buang air kecil atau besar. Tapi masih minta di pakaikan diaper.
Haa.. itu ummi pernah terangkan kat sini
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2673806462655727&id=100000791993494
Di bawah ini adalah tangkap layar (screenshot) kandungan di pautan tersebut:
Semua ni ummi belajar dalam siri Video Toilet Training Kickstart.
Macam-macam benda baru ummi tahu.
Jadi lepas tu ummi pun mintak walid adjust, tambah, baiki alatan dalam tandas untuk memudahkan anak dalam tandas.
Mmm… Apa Toilet Training Kickstart tu?
Memahami keperluan anak tidak sama dengan kita sangat membantu progress anak berjaya berdikari ke tandas.
Belajar sesuatu?
Tag rakan, guru dan pasangan anda. Share juga post ni supaya lebih ramai anak mendapat manfaat bila ibu bapa lain pula membaca.
Untuk lebih banyak tips dan perkongsian ilmu berkaitan anak-anak, tekan butang FOLLOW dan set “See First” ya.
Noranisa Misrani,
Ummi the ahmads.