Teknik mudah mahu halau lipas dari rumah

Teknik mudah mahu halau lipas dari rumah. Cara mudah nak halau lipas dari rumah. Bagi anda yang mempunyai kabinet dapur di rumah, sudah pasti mengalami masalah lipas suka berkampung di dalam kawasan kabinet tersebut bukan? Kesudahannya, kabinet pun akan penuh dengan kotoran najis lipas dan berbau habis semua perkakas dapur yang disimpan.

Oleh itu, apa kata anda cuba salah satu cara yang mujarab untuk hapuskan semua lipas yang berkampung di dalam kabinet dapur tersebut menggunakan bunjut rempah sahaja. Katanya memang menjadi dan ‘lari’ semua lipas yang ada!
Beberapa bulan lalu kita buat sisihan di dapur dan buang apa-apa yang tak berkaitan dan kita nak kongsi idea kot boleh bantu atasi masalah “cikpas”.

Saya dah cuba cara ni selama hampir 3 bulan dan alhamdulillah dengan izinNya kini kabinet dapur saya tak diziarahi cikpas lagi. Mungkin cikpas ni tak suka kot bauan tu so tak mendatang dah kini. So far hampir 3 bulan ni bayangan cikpas dan hasil membuangannya pun tiada. Bubuh 4 sekawan dalam mesh net beg tapi kena buh 3-4 beg la dalam kabinet tu. Dan banyakkan cengkih dan buah pelaga…

Teknik mudah mahu halau lipas dari rumah

-Letak empat sekawan dalam mesh net (lebihkan cengkih dan buah pelaga)

-Ikat di tombol pintu kabinet atau campakkan sahaja di dalam kawasan kabinet.

Cuba la, mana lah tahu berhasil untuk korang. Berjaya untuk saya tidak semestinya untuk korang. Apa-apa pun usaha itu tangga kejayaan. TAPI sebelum letak tu…bersihkan kabinet, kosongkan lap bersih-bersih dan spray la dengan apa yang biasa korang guna. Saya hanya spray dengan citrus cleaner jer. Sembang-sembang dengan cikpas suruh dia jangan datang lagi…jangan marah-marah…

BACA:

Wanita melayu ditegur tak ajar suami asal Afrika cara makan, sekali ini yang terjadi

B40 dan M40 : Ini senarai penuh bantuan yang boleh dimohon

Tuan Ibrahim dakwa lalat tentera hitam boleh kurangkan 5 tan sampah sehari