Telemovie khas sepanjang CNY di TV2

Telemovie khas sepanjang CNY di TV2..

Menemui penonton tiga hari berturut-turut, tayangan filem dan telemovie khas ini disiarkan mulai 20 hingga 22 Januari 2023.

Ikuti kisah seorang pemuda bernama Yeong-gi yang telah menggelapkan duit ketuanya dan menggunakannya duit tersebut untuk melabur saham, malangnya saham tersebut gagal.

Filem dengan tajuk “Man Of Men” lakonan Cho Jin‑woong, Kim Sa‑rang, Sol Kyung‑gu dan Jin Seon‑kyu ini menemui penonton pada 21 Januari ini, pukul 10.30 malam.

Telemovie khas bertajuk “When Will You Get Married” disiarkan pada 22 Januari ini, pukul 1.00 tengah hari tidak kurang menariknya.

Dalam telemovie ini membawakan cerita sebagai seorang wanita berkerjaya, Jia Jia tidak pernah memikirkan untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Roy dan mereka telah berpisah.

Melengkapkan program khas sempena Tahun Baharu Cina ini tayangan telemovie kekeluargaan bertajuk “The Siblings” pada 22 Januari ini, pukul 10.30 malam.

Ikuti plot kisah persaingan dua beradik sejak kecil yang membawa ke dewasa dari semua segi. Han dan Hong asalnya adik-beradik yang rapat, namun keadaannya berubah apabila pada zaman belajar di kolej, Hong ternampak Han memberikan patung kepada wanita idamannya.

Bagi anda yang terlepas untuk menonton rancangan di TV2, anda berpeluang menontonnya menerusi RTM Klik ).

BACA JUGA:

Hampir 90% rakyat Indonesia isi jemaah haji untuk penerbangan tempatan

SPA9: KKM buka jawatan tetap Pegawai Pergigian, Farmasi

Pemain Bola Sabah, Saddil mohon maaf kepada rakyat Indonesia