Teman lelaki jadi suspek utama bunuh Farah Kartini

Seorang penjawat awam telah ditahan oleh pihak polis kerana dikaitkan dengan kes pembunuhan seorang wanita bernama Nur Farah Kartini – menurut laporan Kosmo Online.

Nur Farah Kartini sebelum ini dilaporkan hilang pada minggu, selepas dia menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Taman Universiti pada 10 Julai lalu kira kira 1.56 pagi.

Laporan polis dibuat keesokan harinya selepas Nur Farah Kartini terus menghilang tanpa diketahui di mana keberadaannya.

Netizen turut berkongsi beberapa hantaran daripada kenalan dan ahli keluarga Nur Farah Kartini di media sosial yang meminta orang ramai membantu mencari di mana beliau berada.

Misteri kehilangan Nur Farah Kartini akhirnya terbongkar apabila polis menemui mayat seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada semalam.

Polis mengesahkan sendiri bahawa mayat yang ditemui adalah Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sebelum ini.

Polis turut menyatakan bahawa Nur Farah Kartini telah dibunuh oleh orang yang dikenalinya.

Suspek kes pembunuhan tersebut adalah seorang penjawat awam yang sudah ditahan untuk siasatan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia 26 tahun.

Permohonan reman akan dibuat pada 9 pagi ini di Mahkamah Kuala Kubu Bharu untuk membantu siasatan.

Sebagai tambahan Nur Farah Kartini merupakan bekas penuntu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan berasal dari Miri Sarawak.

Baca : Jangan pergi KL sabtu ini, banyak jalan tutup sebab upacara ini