Seringkali mencuba membuat pancake tetapi masih kesulitan untuk mendapatkan hasil yang gebu dan lembut?
Jangan khawatir, kali ini anda boleh mencuba resepi pancake gebu dari Harry Anna yang dikongsikan semula oleh Puan Dania Yusdi.
Menurut Puan Dania, resepi ini adalah salah satu resepi pancake yang paling sedap dan tidak mengecewakan yang pernah dicubanya.
Pancake yang dihasilkan masih kekal lembut walaupun disimpan sehingga esok hari. Mari cuba!
Daripada pelbagai resepi pancake yang pernah dicuba, resepi ini dianggap sebagai yang paling sedap dan memuaskan. Bahkan, pancake ini masih lembut walaupun disimpan untuk dimakan esok hari.
RESEPI PANCAKE FLUFFY
Bahan-bahan dan cara penyediaan:
– 1 biji telur
– ⅓ gula @ 67g
– 2 sudu makan minyak @ 30ml
– ½ cawan susu segar @ 125ml
– Tepung kek blue key/self raising flour 1 cawan @ 125g
– Tepung kek bluekey dapatkan di sini
– 1 sudu teh baking powder
– Sedikit esen vanilla/vanilla paste/creamy vanilla
1. Masukkan semua bahan terus dalam blender dan kisar sampai licin.
2. Oleskan pan dengan minyak, tapi hanya pada kali pertama.
Pakailah pan dan bukan kuali, supaya ia tetap menjadi pancake dan bukannya “wokcake”.
Gunakan bahan-bahan seperti yang telah diberikan di atas untuk mendapatkan hasil yang sedap seperti resepi ini.
Baca Juga : Asyik dok pandang jejaka tinggi lampai dalam majlis tu rupanya anak saudara sendiri