Tentera tak berpencen perlu selesaikan bayaran RM580 ribu dalam 30 hari

Saya menulis post ini dengan niat memberikan nasihat kepada sahabat anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan. Secara amnya,Saya amat bersyukur kerana rumah yang saya tinggal bersama keluarga dibiayai oleh bank. Sekiranya dibiayai oleh pinjaman kerajaan, maka saya terpaksa menjual rumah tersebut.

Buat kali pertama dalam sejarah penubuhan Pinjaman Perumahan Kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia, anggota tentera tidak layak membuat pinjaman perumahan sekiranya anda bukan skim berpencen. Ini kerana syarat pinjaman untuk anggota tentera telah dipinda pada tahun 2018/19, iaitu syarat layak adalah hanya untuk skim berpencen sahaja. Ini adalah kerana:

Lembaga Pinjaman Perumahan Suruhanjaya Awam(LPPSA) telah mengambil langkah menyamakan perkhidmatan tentera dan awam. Layanan yang sama. Iaitu syarat layak membuat pinjaman adalah mesti perkhidmatan tetap. Bukan kontrak. LPPSA gagal memahami Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara asasnya adalah perkhidmatan kontrak jangka panjang antara 10 tahun (untuk Anggota Lain Lain Pangkat LLP) dan sehingga 18 tahun (Pegawai Tentera). SANGAT BERBEZA DENGAN PENJAWAT AWAM LAIN YANG KONTRAK SECARA PURATA HANYA SETAHUN. Menurut LPPSA, jika selepas 18 tahun berkhidmat dan berjaya diserapkan ke perkhidmatan pencen, baru layak membuat pinjaman. Ini bermakna anda harus menunggu 18 tahun berkhidmat sekiranya anda ingin membuat pinjaman tanpa risiko ditamatkan kemudahan tersebut.

Saya antara pegawai yang telah berkhidmat hampir 18 tahun dan apabila tamat kontrak atau tidak menyambung perkhidmatan, kemudahan pinjaman perumahan telah dibatalkan. Kerajaan (LPPSA) telah lupa bahawa tidak semua anggota tentera boleh menyambung perkhidmatan berikutan organisasi yang sangat berbeza dengan organisasi awam. Jika semua pegawai dibenarkan menyambung maka panglima kanan tentera mungkin berjumlah beribu orang berikutan semuanya diberikan peluang naik pangkat. Untuk anggota LLP kemungkinan semuanya Pegawai Waren.

Sistem pencen anggota tentera juga berbeza. Pencen ATM mengikut pangkat, tahun berkhidmat BUKAN mengikut umur seperti anggota awam yang lain. Secara purata, anggota LLP berpencen pada umur 40 tahun. Manakala pegawai berumur 50 tahun. Bagi yang kontrak, akan tamat pada umur 30-35 tahun.

Langkah untuk menamatkan kemudahan pinjaman perumahan tentera bermula pada tahun 2016 dan direalisasikan pada tahun 2018/2019. Oleh yang demikian, tanpa arahan jelas kepada pihak tentera, mereka terus membuat pinjaman tanpa mengetahui kesan sekiranya mereka berhenti iaitu hendaklah menjelaskan baki pinjaman dalam masa 30 hari selepas tamat perkhidmatan ataupun berdepan tindakan mahkamah.

Saya telah mengetahui perkara ini lebih awal dan berbincang dengan pihak LPPSA, namun tiada jalan lain kecuali membayar baki pinjaman ataupun menjual rumah tersebut. Ini kerana polisi kerajaan tidak membenarkan anggota tentera yang tidak berpencen meneruskan perkhidmatan pinjaman.

Analogi bagaimana terjadinya perkara ini bermula tahun 2016. Siapa Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan pada masa tersebut tidak perlu dipolitikkan. Urusan politik seperti biasa, tidak perlu dibincangkan oleh ATM.

Semasa saya berhenti, Majlis Angkatan Tentera MENGARAHKAN UNTUK MENERUSKAN BAYARAN BULANAN SECARA PERSENDIRIAN. Namun LPPSA MENGARAHKAN UNTUK MEMBUAT BAYARAN SEKALIGUS KERANA MENURUT TAFSIRAN LPPSA, saya TELAH ‘MELARIKAN DIRI DARI PERKHIDMATAN’ dan KEMUDAHAN PEMBIAYAAN TELAH DIBATALKAN. Perkara ini memang wujud sebelum ini HANYA UNTUK ANGGOTA ATM YANG DIBUANG PERKHIDMATAN, atas sebab yang layak dan sewajarnya (spt kes displin). Namun apabila perkara ini diaplikasi untuk anggota yang tamat perkhidmatan( bukan dibuang, mahupun diberi pilihan untuk menyambung), seolah olah sebagai hukuman, sama seperti dibuang dari perkhidmatan atas sebab kes.

Konflik ini membuktikan polisi kerajaan tidak memperdulikan nasib anggota tentera. Secara amnya, pihak tentera masih samar samar mengenai perkara ini kerana mereka masih mengeluarkan arahan boleh meneruskan pinjaman dan boleh membuat bayaran secara bulanan.

Kepada anggota tentera diluar sana, hendaklah difikirkan secara mendalam sekiranya ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan. Seandainya anda yakin akan dapat perkhidmatan tetap dan berpencen, sila berbuat demikian. Jika tidak, pergi sahaja pinjaman bank. Kadar faedah bank dan LPPSA tidak jauh berbeza. Disaat saya menulis, kadar pinjaman bank masih lagi rendah dan jimat berbanding pinjaman kerajaan.

Minta tolong sahabat untuk tag dan sebarkan perkara ini.

P/S:
1. Terdapat sahabat saya yang terpaksa menjual rumah setelah diarahkan membayar baki pinjaman dan kini terpaksa menyewa.

2. Pihak ATM telah cuba membantu. PAT ( Tan Sri Zulkifli) telah menghantar surat kpd Menhan( Hj Mat Sabu) pada Okt 2019. Namun setakat itu shj. Pengurusan tertinggi ATM telah menjalankan tugas. Namun LPPSA( Kementerian Kewangan) masih tetap memtakrifkan tamat TJP ialah meninggalkan perkhidmatan. Tauliah Jangka Pendek dan kontrak adalah BERBEZA sama sekali.

Sumber :