Terbongkar !!! Ramai tak tahu, Johor ada kilang ‘Kondom’ terbesar didunia

Terbongkar !!! Ramai tak tahu, Johor ada kilang ‘Kondom’ terbesar didunia

Terbongkar !!! Ramai tak tahu, Johor ada kilang ‘Kondom’ terbesar didunia. Kondom merupakan satu kaedah kawalan kehamilan dan pencegahan penyakit kelamin (STD) yang biasa dan berkesan ketika melakukan hubungan seksual

Image from verywellhealth.com
Selain digunakan untuk mengawal kelahiran dan mencegah penyakit, di sini kami senaraikan 8 fakta tentang kondom yang menarik dan mengujakan.

1. Berapa lama kondom digunakan?

Kondom telah digunakan sejak 15,000 tahun yang lalu. Kondom yang paling tua telah dijumpai di Sweden dan ia diperbuat daripada usus babi.

2. Kondom tidak boleh mencegah penyakit kelamin dan kehamilan 100%

Image from bustle.com
Tahap peratusan bagi keberkesanan kondom dalam mencegah STD dan kehamilan hanya 97%, iaitu merupakan peratusan tertinggi di antara kaedah pencegah yang ada. Kes ralat mungkin berpunca dari sebab seperti penggunaan yang salah dan kondom yang sudah luput.

Kondom berkesan untuk mencegah STD, penyakit HIV dan kehamilan. Jadi penggunaan kondom penting ketika melakukan hubungan seksual untuk melindungi kesihatan diri dan pasangan. Jika terdapat alahan selepas menggunakan kondom, haruslah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang bersesuaian.

3. Di manakah pengeluar terbesar kondom?

Image from blogspot.com
Malaysia merupakan negara yang mempunyai kilang penghasilan kondom terbesar, yang membekalkan 25% bahagian pasaran dunia. Selain itu, Amerika Syarikat merupakan negara penggunaan kondom terbesar di dunia.

4. Bagaimana kondom dihasilkan?

Secara umumnya, sejak tahun 1920, kondom dihasilkan daripada lateks dan mula dijual oleh London Rubber Company, lebih dikenali sebagai Durex, pada tahun 1932.

Walau bagaimanapun, sebelum penggunaan lateks, banyak bahan material berbeza seperti usus haiwan atau sutera digunakan. Kulit juga digunakan dalam penghasilan kondom di Jepun.

5. Kondom ada berapa jenis?
Image from iamajamaican.net
Terdapat beberapa jenis kondom:

Kondom biasa – mempunyai saiz biasa dan boleh digunakan oleh setiap individu. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh memberikan keselesaan yang sama seperti penggunaan kondom yang lebih besar atau kecil.

Kondom kecil – direka untuk zakar yang lebih pendek atau kecil. Kondom jenis ini memberikan rasa yang lebih baik dan mengurangkan risiko kondom dari tertanggal ketika digunakan.

Kondom besar – merupakan kondom yang besar daripada yang biasa dan terdapat dalam pelbagai bentuk. Ia juga direka untuk memberikan lebih keselesaan.

Kondom menyeronokkan – yang ditambah warna, perisa dan bersinar dalam gelap, untuk menjadi hubungan seksual lebih menarik. Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh menyebabkan alahan kepada individu lelaki mahupun wanita.

Kondom nipis – lebih nipis daripada kondom biasa untuk memberikan lebih sensitiviti kepada pengguna dan pasangan.

Baca Juga : Peminat teruja pertama kali lihat isteri, anak Yassin Senario
Arab Saudi anjur konsert hiburan antarabangsa tanpa henti selama dua malam
Lapisan ais ketiga terbesar hilang di Antartika, dunia makin terancam

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )