Terbukti, watak Thing jauh lebih penat daripada Wednesday, netizen tertanya berapa bayaran untuk pelakon itu

Terbukti, watak Thing jauh lebih penat daripada Wednesday, netizen tertanya berapa bayaran untuk pelakon itu.

Berkesinambungan daripada filem ‘The Addams Family’ yang pernah diterbitkan tahun 1991, kini drama siri ‘Wednesday’ terus menduduki carta pertama Netflix.

Hasil lakonan mantap, Jenna Ortega yang diberi watak Wednesday telah meraih lebih 23 juta pengikut Instagram hanya selepas 2 minggu ditayangkan.

Terbukti, watak Thing jauh lebih penat daripada Wednesday, netizen tertanya berapa bayaran untuk pelakon itu

Ringkasnya, ia berkisar tentang Wednesday iaitu remaja rebal yang kerap bertukar sekolah. Selepas berpindah ke Akedemi Nevermore, satu persatu hal pelik berlaku membuat dia nekad merungkainya sendiri.

Sebelum pulang, keluarganya telah tinggalkan tangan bernama Thing untuk mengawasi tingkah laku gadis ini.

Walaupun awalnya benci, lama kelamaan Wednesday menjadi rapat dengan Thing termasuklah menyelesaikan misteri di sana.

@victor.dorobantu Thing is your best friend🖤🖐️ #victordorobantu #thing #thingaddams #wednesday #wednesday #actor #netflixseries #timburton #netflixactor ♬ original sound – VictorDorobantu

Tahukh anda, rupanya seorang ahli silap mata dari Romania bernama Victor Dorobantu adalah orang kuat yang menjayakan karakter Thing.

Lengkap dengan suit biru sepanjang penggambaran berlangsung, lakonannya yang cuma diekspresikan melalui gerakan jari cukup menghidupkan watak Thing secara realistik.

BACA JUGA:

Viral guru wanita dan pelajar akrab, dilayan bagai puteri

Kes PU Azman, mahkamah benarkan jaminan keseluruhan

Lelaki Rusia viral selepas rakaman menyelamatkan “Squirrel” yang bunting