Tercari tips untuk dapat kuku sihat berkilat tanpa ke spa, ini caranya.
BARANGKALI memotong kuku yang panjang adalah satu-satunya perkara yang dilakukan sebagai tanda kuku kaki dan tangan dijaga, namun sebenarnya ia lebih daripada itu.
Sekiranya ada wang tambahan, barulah kita akan berkunjung ke spa untuk menata rias kuku dan memanjakan diri.
Sebenarnya untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat, tidak perlu berbelanja besar dengan ke spa sebaliknya ia boleh dilakukan sendiri di rumah.
1. Pastikan kuku kekal lembap
Cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kuku sangat mudah dan paling penting ia tidak memerlukan kos yang besar selain bahan digunakan mudah didapati.
Anda hanya perlu menyapu losyen pada keseluruhan kuku tangan dan kaki setiap hari untuk mengekalkan kelembapannya dan waktu terbaik adalah sebelum tidur atau ketika anda berasa kuku kering.
Selain losyen, minyak zaitun juga baik untuk kesihatan kuku memandangkan ia kaya dengan vitamin E.
2. Potong kuku
Kuku yang panjang boleh mencacatkan penampilan apatah lagi ia kelihatan kotor kehitaman. Biasakan diri memotong kuku jika ia sudah panjang bagi mengelakkan penyebaran kuman.
3. Vitamin tambahan
Tidak hanya memfokus kepada penjagaan luaran, dalaman juga penting kerana ia dapat mencantikkan kuku anda dengan cara semula jadi.
4. Susu
Pengambilan susu dalam pemakanan seharian adalah disyorkan bagi membantu kuku kekal cantik dan sihat kerana ia kaya dengan zink.
Sekiranya kuku anda menunjukkan tanda-tanda berwarna putih, itu menandakan anda kekurangan zink. Zink bukan sahaja baik untuk kuku tetapi kesihatan secara keseluruhan.
BACA JUGA:
Suami tercinta rupanya gay, mari ikuti apa nasihat mufti
Anda yang menghidap hiperhidrosis, ikuti tips ni untuk cegah kemurungan diri
Pelakon utama Rindu Kasih viral, Ummi Nazeera pernah alami kemurungan