Terima ahli bukan Melayu, Bersatu serupa DAP?

Dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tersasar daripada matlamat asal apabila menerima ahli dalam kalangan bukan Bumiputera tidak tepat, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perlembagaan BERSATU sedia ada menyebut mengenai penyertaan ahli dalam kalangan bukan Bumiputera.

Katanya perincian berhubung perihal ahli bersekutu ada dalam Fasal Tujuh (Keahlian), Fasal Lapan (Pendaftaran Keahlian) dan Fasal 9 (Tanggungjawab dan Hak Ahli).

“Sebagai sebuah parti politik yang berpandangan jauh dan inklusif, BERSATU mengiktiraf sumbangan serta peranan ahli bersekutu dan akan terus memperkasakan pembabitan dalam kalangan mereka dari semasa ke semasa.

“BERSATU sendiri mengalu-alukan hasrat mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai parti sama ada sebagai ahli biasa ataupun ahli bersekutu.

“Malah Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU juga sedang mengkaji cadangan untuk menubuhkan Badan Ahli Bersekutu yang akan membolehkan mereka memainkan peranan yang lebih bermakna di dalam parti, ” katanya dalam kenyataan, di sini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/08/726130/bersatu-tidak-tersasar-terima-ahli-bukan-bumiputera-hamzah