Teringat zaman kanak-kanak makan aiskrim Malaysia, jom buat aiskrim Malaysia yang gebu

Teringat zaman kanak-kanak makan aiskrim Malaysia, jom buat aiskrim Malaysia yang gebu.

Aiskrim Malaysia macam ni dah jarang sangat dijual dekat kedai kan? Maksudnya sudah tak dikomersialkan secara meluas. Kalau hendak dibandingkan dengan zaman 70 an sehingga 90 an, aiskrim yang macam ni lah yang dijual di kedai-kedai.

Teringin nak kembali ke zaman macam tu? Jom kita buat aiskrim Malaysia ni tetapi dengan rasa yang lebih moden dan pastinya sedap.

Cara Buat Aiskrim Malaysia Yang Gebu Dan Sedap, Guna Cara Ini Pasti Menjadi Elok Aiskrim Anda!
BAHAN-BAHAN:
1 tin Susu cair
1 tin Susu pekat
4 tin air kosong ( sukat guna tin Susu)
1 sk garam
2 Sudu membukit [email protected] t.ubi (bancuh larut)
1 Sudu vanilla
Berly’s coins ( salutan pada base aiskrim)
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung.
Masak hingga mengelegak,pastikan kacau2 ye.
Masukkan bancuhan tpg jagung Dan sentiasa kacau lagi supaya tidak hanggit Di bawah.
Sudah mengelegak tutup api Dan pastikan betul2 sejuk baru masuk Dalam plastik aiskrim.
Tutup API baru masukkan esen vanilla.
Setelah sejuk mixerkan supaya adunan lebih halus.
Nota:

*Resepi 1 adunan ini dapat Dalam 21-25pcs

*Sukatan air jgn terlebih sebab itu boleh jadi punca aiskrim berkaca Dan kurang gebu.

*Base susu nie boleh jugak letak perisa lain seperti Milo, Capucino, Teh, Solero, Strawberri dan pelbagai.

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Ainaa Hafizah

BACA JUGA:

6 hari tersorok dalam semak dan rumput tinggi, akibat minum dan memandu

Akhirnya Menteri, KKM selesai isu jawatan tetap bidang kesihatan

Pertingkat kualiti kebersihan di semua peringkat, antara faktor utama menarik pelancong, tegas Menteri

COMMENTS

Wordpress (2)
  • […] Teringat zaman kanak-kanak makan aiskrim Malaysia, jom buat aiskrim Malaysia yang gebu […]

  • […] Teringat zaman kanak-kanak makan aiskrim Malaysia, jom buat aiskrim Malaysia yang gebu […]