Teringin nak mengintai jemaah wanita buka tudung dalam masjid, lelaki kantoi pakai purdah masuk

TAKTIK seorang pemuda yang menyamar dengan memakai tudung labuh dan berpurdah sebelum menyusup ke dalam ruangan solat wanita, akhirnya terbongkar selepas dia berjaya ditangkap oleh ahli jawatankuasa (AJK) masjid.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di Masjid Jannatul Firdaus, di Makassar, Sulawesi Selatan, pada Ahad.

Pemuda yang berusia 28 tahun itu berjaya ditangkap ketika berada bersama-sama dengan jemaah wanita.

Teringin nak mengintai jemaah wanita buka tudung dalam masjid, lelaki kantoi pakai purdah masuk

Ketua Polis Manggala, Makassar, Syamsuardi mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, pemuda berkenaan ditangkap oleh AJK masjid selepas dia menunjukkan tingkah laku dan pergerakan yang mencurigakan.

Hasil soal siasat, pemuda tersebut mengakui dia melakukan penyamaran kerana didorong rasa ingin tahu untuk melihat wajah jemaah wanita.

Baca juga: Bawak periuk datang buka puasa, netizen puji “Inilah lelaki sebenar!”