Akhirnya terjawab kenapa kuliah UAI di Bandar Tun Razak Ahad ini dibatalkan. Pendakwah dan penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) memaklumkan Kuliah Maghrib Perdana yang bakal diadakan di Bandar Tun Razak, Cheras pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.
Menerusi perkongsian di Facebook, UAI meminta maaf kepada orang ramai kerana tidak berkesampaian untuk menyampaikan kuliah berkenaan.
Difahamkan, UAI hanya memaklumkan kuliah tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan pihak berkaitan namun tidak mengemukakan sebab-sebab lain.
Akhirnya terjawab kenapa kuliah UAI di Bandar Tun Razak Ahad ini dibatalkan
“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana UAI yang akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.
“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya pada Khamis.
Sebelum memasuki bulan Julai, UAI pada lewat Jun telah mengeluarkan jadual kuliah baharu yang memaparkan lokasi masjid dan surau yang akan beliau hadiri.
Baca : Gemar Buat ‘Love Bite’ Pada Pasangan, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penjelasan
Lokasi ceramah tersebut, kebanyakannya diadakan di Terengganu susulan penceramah itu merupakan anak kelahiran negeri berkenaan.
Pun begitu hanya beberapa lokasi yang melibatkan negeri lain seperti Pahang, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Kuliah di Selangor pernah dibatalkan
Imbas kembali beberapa bulan lalu, UAI dilapor terpaksa membatalkan kuliah yang diadakan di Selangor berikutan tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri itu.
Walau bagaimanapun, UAI menjelaskan bahawa Masjid Bukit Jelutong tetap meminta untuk beliau hadir menyampaikan kuliah.
Oleh yang demikian, UAI meminta pihak masjid untuk menyediakan tauliah sementara (ketika itu) supaya beliau dapat menyampaikan kuliah di sana.
“Kita tahu dari zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan 22 bulan memang (saya) tak boleh di Selangor sebab (negeri itu benarkan penceramah) yang bertauliah sahaja.
“Cuma masjid di Bukit Jelutong, minta juga (untuk hadir) kami kata boleh, sediakan surat sokongan baru kami boleh pergi,” katanya.
Namun, permohonan itu tidak dibenarkan dan pihak UAI bertukar ke masjid wilayah yang membenarkan beliau menyampaikan kuliah agama.
Baca : Orang Melaka Pun Sayang Islam! 50,000 Orang Banjiri Dataran Sejarah Kerana Ustaz Abdul Somad
“Mohon tauliah sementara untuk malam itu sahaja, dan mereka sudah mohon. Selesai semua benda dan (kemudian) dibatalkan.
“Kami akur tukar ke Kampung Pandan, tidak ada isu pun,” tambahnya.
Difahamkan JAIS telah membatalkan ceramah UAI di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong.
Baca Selanjutnya :
Mustafa Kamal Antartuk Punca Khalifah Islam Jatuh, Tapi Mengapa Ramai Rakyat Turki Sanjung Beliau?
GANAS!!! Penampakan Lelaki Bakar 4 Kereta Di Bukit Tinggi Di Cekup Polis