Terjumpa harta karun kuno, penggali kubur kaya sekelip mata. Tiga orang penggali kubur yang masing-masing dikenali sebagai Ibrahim, Ramli dan Robi Mas’ud telah menemui sesuatu yang amat bernilai ketika mereka sedang melakukan kerja di Kota Bima dekat Nusa Tenggara Barat.
Ketika mereka bekerja di kawasan tanah perkuburan Cuhi Pangga Pupa dan menggali pada kedalaman lebih kurang 2 meter, secara tidak sengaja telah menemui harta karun peninggalan kerajaan kuno harta karun berupa cincin emas, cincin perak, anting-anting emas dan gelang.
Selain daripada harta-harta karun tersebut, mereka juga turut menemui tengkorak manusia.
Ketua Kebudayaan, Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan Kota Bima, Munawar berkata, penemuan mereka itu adalah cukup mengagumkan dan mereka akan menjalankan siasatan lebih lanjut mengenai penemuan itu.
Tambahnya lagi, penemuan tersebut bukan perkara baru malah sebelum ini juga pernah ada beberapa penduduk yang menemui barangan lain seperti mata tombak. Namun begitu penemuan itu ada yang disimpan sendiri oleh penemunya dan ada juga yang dijual pada pihak lain.
Munawar menyatakan bahawa pihaknya telah memaklumkan kepada ketiga-tiga penggali kubur berkenaan agar menjual harta karun tersebut kepada kerajaan jika mereka mahu menjualnya.
Harta karun yang ditemui oleh ketiga-tigas penggali kubur itu kemudiannya dibahagi sesama mereka. Ibrahim simpan dua cincin, Ramli pula dapat cincin dan anting-anting dan Robi pula mendapat barangan yang selebihnya.
Kawasan tanah perkuburan tempat dimana harta karun itu ditemui adalah dikenali sebagai Cuhi Pangga Pupa. Menurut laporan Okezone, Cuhi adalah penguasa kawasan utara yang juga membawa maksud ianya adalah kawasan kerajaan lama.
BACA:
Kisah suami bunuh isteri sendiri, ini bukti sudah rancang setahun yang lalu
Wanita dedah ditawar jadi isteri Menteri, ganjaran RM1 juta dan Rolls Royce
Netizen menangis dengar kisah Nik Ezanee bantu lepaskan pencuri