Terkejut simpanan pencarum KWSP sedikit, Mat Lan cadang tak perlu keluar caruman KWSP

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata dia “terperanjat” apabila diberitahu mengenai situasi sesetengah pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sangat terhad.

Katanya sebahagian besar pencarum terbabit memiliki kurang daripada RM50,000 dalam Akaun 1 KWSP.

“Saya terperanjat apabila diberitahu ramai yang ada Akaun 1 KWSP tidak mencecah simpanan RM10,000. Malah kira-kira 71 peratus pencarum aktif cuma ada RM 47,000 dalam akaun satu mereka,” katanya seperti dipetik Utusan Online hari ini.

Ahmad ditemui selepas menyampaikan sumbangan sempena sambutan Deepavali kepada masyarakat India di Pontian hari ini.

Ahmad juga menasihatkan pencarum KWSP agar tidak terlalu memikirkan mengenai pengeluaran RM10,000 dari akaun satu sebaliknya turut memberi perhatianb kepada inisiatif diberikan kerajaan dalam Belanjawan 2021.

Ahli parlimen Pontian itu menambah inisiatif-inisiatif itu cukup penting untuk membantu pencarum yang terjejas dengan Covid-19 dan dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk data pencarum aktif.

“Jangan fikir sangat keluarkan RM10,000 daripada akuan satu tetapi tiga iniastif yang diperkenalkan kerajaan itu dan ia adalah sangat penting,” katanya.

Semalam kerajaan Perikatan Nasional mengumumkan tiga inisiatif kepada pencarum KWSP termasuk membenarkan pengeluaran simpanan RM500 sebulan dari akaun satu selama 12 bulan.

Turut ditawarkan pengeluaran i-Lestari dalam Akaun 2 sejak April lalu sebanyak RM500 sebulan sehingga 12 bulan dan penurunan kadar caruman minimum pekerja daripada 11 peratus kepada 9 peratus mulai Januari 2021, juga untuk tempoh 12 bulan.

Menurut Ahmad pencarum KWSP harus menguruskan kewangan masing-masing dengan baik dan mengeluarkan perbelanjaan hanya untuk yang perlu agar mereka tidak menghadapi masalah pada masa akan datang.

Di pihak Umno pula Ahmad berkata mereka akan mendapatkan data lengkap berkaitan pencarum dan jumlah simpanan mereka dalam KWSP di parlimen selepas ini.

“Segala angka-angka ini kita akan dapatkan di Parlimen ketika bahas. Saya sudah diberitahu tetapi saya mahukan maklumat terperinci jumlah ramai rakyat yang ada akaun aktif dan jumlah dalam berapa jumlah di dalam Akuan 1,” katanya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549880