TERKINI!!! Belanjawan Johor 2021 diluluskan

TERKINI!!! Belanjawan Johor 2021 diluluskan

Kedudukan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad kini selamat, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) sebulat suara meluluskan Belanjawan Johor 2021 dengan defisit sebanyak RM284.14 juta.

Sesi penggulungan dan persetujuan berjalan lancar tanpa sebarang provokasi dan bantahan.

Hasni, ketika rundingan meminta kelulusan membelanjakan sebanyak RM850 juta menerusi Kumpulan Wang Pembangunan bagi melaksanakan 12 agenda utama Belanjawan Johor 2021.

Dalam rundingan itu, perbelanjaan tambahan bernilai RM17.23 juta turut diluluskan.

Kerajaan negeri pada pembentangan Belanjawan Johor 2021 mengunjurkan hasil negeri sebanyak RM1.609 bilion manakala perbelanjaan berjumlah RM1.857 bilion tahun depan.

Perbelanjaan mengurus yang merangkumi caruman kepada kumpulan wang pembangunan berjumlah RM997.21 juta, iaitu RM513.69 juta bagi emolumen dan RM483.51 juta bagi perbelanjaan lain.

Belanjawan Johor 2021 yang bertema ‘berdaya tahan demi kemakmuran’ itu akan merangkumi tiga asas utama, iaitu pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat, memulihkan ekonomi dan membina daya tahan fiskal serta ekonomi negeri.

Hari terakhir DUN Johor menjadi tumpuan selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu, gagal memperoleh sokongan majoriti usul undi percaya dikemukakan, termasuk daripada ADUN UMNO.

Berita penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-johor-2021-diluluskan-sebulat-suara-271894