Calon Demokrat, Joe Biden sah Presiden Amerika Syarikat ke-46 selepas berjaya memperoleh lebih 270 undi elektoral sekaligus menamatkan kepimpinan Donald Trump di negara kuasa besar itu.
Trump dari parti Republikan meraih 214 undi dan yang terakhir 20 undi elektoral diperoleh dari Pennsylvania.
Laman Twitter dihujani berita kemenangan Biden dengan trending Trump, You’re Fired, Donald, Biden dan White House silih berganti.
Trump dalam kenyataannya tidak mengiktiraf kemenangan Biden sambil mempertahankan dakwaannya sebelum ini mengenai wujudnya penipuan termasuk menuntut supaya pengiraan semula undi dilaksanakan.
Beliau juga berjanji akan meneruskan tindakan mahkamah untuk memastikan undang-undang pilihan raya dihormati serta mengembalikan keyakinan rakyat.
Berita penuh:https://malaysiagazette.com/2020/11/08/joe-biden-presiden-amerika-syarikat-ke-46/