TERKINI!!! Majlis umum calon BN-PN jadi majlis ramah mesra-PRN SABAH

Majlis mengumumkan calon pilihan raya BN-PN bertukar majlis ramah mesra pada saat akhir.

Ini selepas Bersatu yang dijadualkan mengumumkan calon mereka bersama-sama Umno memutuskan untuk mengadakan majlis berasingan lewat hari ini.

Hal tersebut disahkan Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah Masidi Manjun.

“Pengumuman calon akan dibuat oleh parti masing-masing. PN akan mengumumkan calon-calonnya pada jam 3 petang ini di ibu pejabat Bersatu Sabah,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, majlis di Kota Kinabalu itu dipromosikan sebagai majlis pengumuman calon sejak Selasa lalu, namun pengerusi majlis hari ini tiba-tiba mengumumkan acara bertukar menjadi majlis ramah mesra selepas tertangguh hampir setengah jam.

Pengerusi BN Sabah Bung Moktar Radin tiba sekitar jam 10.45 pagi dan Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Md Noor sampai kira-kira 30 minit kemudian.

Hajiji enggan menjelaskan ketika ditanya perubahan tujuan majlis pada saat akhir.

“Kami akan memaklumkan kamu,” katanya kepada wartawan sebelum majlis bermula.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Yakub Khan pula mengesahkan BN tetap akan terus mengumumkan calon mereka pada majlis ramah mesra itu.

“Bersatu akan umum calon mereka kemudian tetapi BN tetap akan meneruskan,” katanya.

Ditanya kenapa berlaku perubahan pada saat akhir, Yakub menjawab: “Cuba tanya orang Bersatu.”

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/542012

COMMENTS

Wordpress (0)