TERKINI : Muhyiddin dijangka lancar PN secara rasmi Sabtu ini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan secara rasmi melancarkan Perikatan Nasional di Kota Kinabalu, Sabah, pada Sabtu ketika negeri itu bersiap sedia untuk pilihan raya pada 26 Sept.

Akhbar Singapura, The Straits Times, memetik sumber berkata penyertaan rasmi bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali, ke dalam PPBM minggu lepas merupakan langkah terakhir dalam rancangan Muhyiddin melancarkan gabungan itu.

Seorang pemimpin PPBM, yang tidak dinamakan, beritahu ST bahawa PN dianggotai 6 parti komponen, dan ia akan menggunakan lambang tersendiri pada Pilihan Raya Negeri Sabah.

Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/25/muhyiddin-lancar-pn-sabtu-ini-kata-media-singapura/