TERKINI!!! Perjuangan AMANAH serasi dengan ulama, lagi tokoh ulama umum sertai AMANAH

Parti Amanah Negara Negeri Kelantan hari ini menerima penyertaan keahlian terbaru daripada seorang tokoh ulama dan akademik yang terkenal di dalam negara ini.

Tokoh tersebut ialah Profesor Dr. Mohamad Kamil Bin Abdul Majid, seorang pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Beliau dilahirkan pada tahun 1950 di Kg Kayu Rendang,Melor Kota Bharu, Kelantan. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Syari`ah dan Undang-undang daripada Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan(YPTIK), dan Ijazah Sarjana Muda Syari`ah daripada Universiti Al Azhar,Kaherah,Mesir. Kesarjanaannya dalam bidang Falsafah dan Teologi Jabatan Pengajian Islam UM dan bidang Pemikiran Islam (Kerohanian) bagi Ijazah Doktor Falsafah, di Universiti Malaya.

Dalam pentadbiran akademik, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Dekan (Usuluddin), Ketua Jabatan (Dakwah dan Pembangunan Insan) dan Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Beliau merupakan pembentang utama kertas-kertas kerja di dalam dan luar negara. Di atas kepakaran beliau dalam bidang Usuluddin dan Tauhid, beliau dilantik menjadi Anggota Majlis Jemaah Ulama dalam Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), beliau juga merupakan salah seorang dari Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau juga terlibat dengan Jawatankuasa Peristilahan (Agama) di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bidang penerbitan makalah ilmiah, beliau telah menghasilkan lebih dari 20 buah buku di samping ratusan artikel dalam jurnal akademik tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga merupakan pengasas kepada Yayasan Usuluddin Malaysia (YAUM), sebuah yayasan yang bertanggungjawab menghasil, menerbit serta membuat kajian terhadap aspek aqidah, tauhid dan usuluddin di dalam Malaysia.

Penyertaan beliau di dalam Amanah Kelantan merupakan suatu aset baharu dalam agenda parti tersebut untuk menerapkan konsep politik Islam yang berteraskan Rahmatan Lil Alamin kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya.